Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ya] | ݢاي

Definisi : 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang meng­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaya

Puisi
 

Hanyut rakit dadan apia,
     Dampar di pantai dimakan buaya;
Makansedikit tidak mengapa,
     Asalkan boleh membawa gaya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lenggang patah sembilan.

Bermaksud :

Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Gaya-gaya kepimpinan dalam pendidikanPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Tiada2010978-983-3586-23-3
Gaya hidup sihat mengatasi obesitiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-1271-9
Gaya hidup sihat mengatasi asmaDewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-46-1602-1
Gaya hidup sihat mengatasi asmaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-1602-1
Gaya hidup sihat mengatasi obesitiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-46-1271-9
Gaya bahasa dalam puisi-puisi empat orang penyairUniversiti Kebangsaan MalaysiaTiada1980 
Gaya dewanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987 
Gaya KalimatUniversitas NasionalTiada1972 
Gaya kepimpinan di tempat kerjaPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Tiada2011978-967-369-077-0
Gaya kepimpinan Sukarno - SuhartoC.V. Pustaka IndonesiaTiada1989 
12345678910...

Kembali ke atas