Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ya] | ݢاي

Definisi : 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang meng­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaya

Puisi
 

Hanyut rakit dadan apia,
     Dampar di pantai dimakan buaya;
Makansedikit tidak mengapa,
     Asalkan boleh membawa gaya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lenggang patah sembilan.

Bermaksud :

Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
individual medleyrampai individuSukanTiadaAcara renang yang mengandungi empat gaya, iaitu gaya kupu-kupu, gaya lentang, gaya dada dan gaya bebas.
freestylegaya bebasSukanTiadaSatu gaya renang. Perenang boleh berenang apa jua gaya, kecuali bagi acara rampaian individu dan acara berganti-ganti rampaian. Gaya bebas bermakna apa jua gaya selain gaya dada, gaya kupu-kupu dan gaya lentang.
manneradat resam; gayaKesenianTiada2. Gaya: Gaya pengolahan seseorang pelukis.
stylized compositionkomposisi bergayaKesusasteraanTiadaPenyusunan karya mengikut gaya-gaya tertentu. Contoh: bahasa berirama dalam lipur lara Melayu.
starting gripcengkam mulaSukanTiadaKeadaan apabila hujung jari kaki akan mencengkam blok mula semasa posisi mula, dalam permulaan gaya rangkak, gaya kupu-kupu dan gaya dada. Dalam gaya lentang, tangan akan mencengkam penggayut pada blok mula.
preciositygaya solekKesusasteraanTiadaGaya solek: Gaya memilih kata-kata yang sukar dan kadang-kadang salah dalam penulisan.
racing divejunam lumbaSukanTiadaJunam di blok permulaan yang biasanya dilakukan oleh perenang dalam pertandingan gaya rangkak, gaya kupu-kupu dan gaya dada.
stylegayaKesusasteraanTiadaCara ekspresi linguistik dalam prosa atau lirik, iaitu cara penulis menulis sesuatu atau cara individu bercakap memperkatakan sesuatu. Gaya sesebuah karya boleh dikaji melalui ciri diksi atau pilihan bahasanya, iaitu struktur ayat dan sintaksis, jenis peribahasa, corak rima, komponen bunyi, ciri-ciri bahasa, tujuan dan alat retoriknya. Menurut teori tradisional retorik, klasifikasi gaya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu gaya tinggi, pertengahan, dan rendah. Doktrin ketertiban diperlukan untuk memastikan peringkat gaya bagi sesuatu karya tersebut bersesuaian dengan kelas sosial pengucapnya, serta situasi dan martabat genre sastera. Northrop Frye, seorang pengkritik memperkenalkan perbezaan asas antara dua gaya, iaitu gaya demonik dan gaya hiratik. Gaya demonik dibentuk melalui bahasa, rima, dan asosiasi percakapan seharian, manakala gaya hiratik menggunakan beberapa elaborasi formal untuk memisahkan antara bahasa sastera dengan percakapan seharian. Bagi kedua-dua kelas ini, Frye telah mengenal pasti perin
leadership stylegaya kepemimpinanPengurusanPerancanganGaya seseorang pengurus atau pemimpin dalam menentukan haluan, memantau pelaksanaan rancangan dan memotivasikan pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Gaya kepemimpinan yang berbeza ditentukan oleh faktor peribadi pemimpin tersebut, budaya organisasi dan persekitaran perniagaan. Contoh perbezaan gaya kepemimpinan yang kerap disebut ialah gaya kepemimpinan autokratik atau gaya kepemimpinan demokratik. Lihat juga pemimpin demokratik, pemimpin autokratik.
backstroke pullkuak gaya lentangSukanTiadaKemahiran yang perlu untuk mendapatkan gaya renang yang berkesan dan optimum. Siku dibengkokkan sepanjang membuat tarikan terutamanya dalam kuak tangan gaya bebas dan gaya kupu-kupu. Tetapi bagi kuak lentang, apabila tangan mula menguak, siku dibengkokkan ketika meneruskan tolakan hingga siku lurus dan keluar dari permukaan air. Sinonim: bent arm.
12345678910...

Kembali ke atas