Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaya

Puisi
 

Hanyut rakit dadan apia,
     Dampar di pantai dimakan buaya;
Makansedikit tidak mengapa,
     Asalkan boleh membawa gaya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lenggang patah sembilan.

Bermaksud :

Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Majalah

Dewan Budaya » 2013 » July
terbabit salah laku seksual dan seks bebas. “ Youth Culture ” bermaksud satu simbol yang unik, kepercayaan, dan sikap yang menggambarkan generasi belia dalam sesuatu masyarakat.Komponen utama dalam budaya belia merupakan “gaya” atau “trend”.Gaya atau trend ini memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan identiti belia. Gaya dan trend ini mempengaruhi belia berinteraksi antara satu sama lain dalam komuniti tersebut. Secara literal, terma seks
Dewan Budaya » 2017 » April
meruntun jiwa dan menitiskan air mata penontonnya sekalipun beratus-ratus kali diulang dan ditonton. P. Ramlee itu hanya satu, tiada dua dan tiada tiganya. Banyak orang yang cuba meniru gelagat gaya dan suaranya, namun yang hilang tidak juga berganti dan yang patah tidak juga tumbuh lagi. Yang meniru ialah peniru dan tidak akan menyamai tuan yang empunya diri yang asli! Yang
Dewan Masyarakat | Filem
bekas Presiden AS pada masa itu, George W. Bush serangan tersebut kononnya didalangi militan Islam, al-Qaeda pimpinan Osama Laden. Share Lingua Franca Dunia?" > Bahasa globish boleh mempengaruhi kelakuan dan gaya hidup rakyat biasa yang dapat melihat budaya luar melalui produk budaya popular Barat. Implikasi kelakuan seperti ini terhadap kestabilan sosial, moral, dan nilai budaya masyarakat Islam dan Timur sangat serius
Dewan Budaya » 2012 » April
penuh glamor, kemasyhuran dan kemewahan. Jadi, jika benar seseorang artis itu boleh menghadapi “godaan” dunia seni dan bersedia meninggalkan kehidupan yang penuh glamor setelah mendapat hidayah Allah sehingga sanggup mengubah gaya hidup mereka ke arah kebaikan, maka bukankah sewajarnya mereka diangkat sebagai idola kepada masyarakat? ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Budaya April 2012. Posted in: Uncategorized 0 Comments Nilai Moral M alam pertama teater Kompilasi IV di Black Box , Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), dibuka dengan pementasan teater bertajuk Boneka Hidup , arahan pelajar tahun akhir, Roydy Rokidi. Teater gaya boneka bertali ( marionette) ini mengisahkan konflik kejiwaan yang dialami patung boneka dan perebutan kuasa untuk menjadi Tuk Dalang. Boneka digambarkan sebagai orang bawahan dan Tuk Dalang merupakan gambaran cita-cita
Dewan Budaya » 2014 » January
unik di dunia”. Tulou telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2008. Tulou yang mempunyai ciri seni bina dan gaya hiasan yang unik ini, terdapat berselerak di kaunti Yongding, Wuping, dan Shanghang di bahagian barat provinsi Fujian serta beberapa buah kaunti di barat dayanya. Jumlahnya melebihi 3000 buah. Kompleks bangunan
Dewan Budaya » 2012 » March
Pengarang Utusan Melayu . Ruangan “Nota Kaki” dalam akhbar tersebut banyak menyingkap peristiwa berlainan dari pelbagai sudut yang menarik dan pentingnya pada zaman itu. Jika dilihat daripada rencana yang beliau hasilkan, gaya penulisannya bersahaja tetapi penuh dengan gaya, mesej, dan input intelektual yang menampilkan ketokohan beliau sebagai karyawan dan wartawan berpengalaman. Melalui 206 buah makalah yang terdapat dalam buku ini, pembaca dapat melihat bagaimana Johan memandang sesuatu isu
Dewan Budaya » 2015 » September
kaki dibengkokkan dan dijengkek, serta gerak kaki menyapu kain kostum yang turun di belakang penari. Unsur staccato merupakan ciri utama pergerakan tarian topeng. Frasa gerak bermula dengan agem , iaitu lagak gaya ( pose ) asimetrikal badan apabila berat badan diletakkan di atas kaki kanan, kemudian dilakukan gerak getaran dan gulingan dikuti staccato dan berakhir dengan agem, yang berlangsung selama beberapa saat tanpa sebarang bahagian atas. Lengan dan bahagian tangan atas hampir selari dengan paras bahu. Kedua-dua tangan dan lengan dalam keadaan bengkok. Tarian topeng menggambarkan gerak abstrak yang bermula dan berakhir dengan gaya agem . Pergerakan tari topeng dibahagikan kepada halus (alus) dan keras/ kasar. Gerak dan posisi jari tidak membawa sebarang makna atau cerita, hanya menggambarkan emosi serta membezakan watak tertentu. Sebagai contohnya
Dewan Budaya » 2011 » December
peranan dan kepentingannya sudah tidak dapat disangkal lagi. Hakikatnya, kini hidup kita dikelilingi dan dipengaruhi budaya visual lantaran itu, perkembangan, perubahan dan kemajuan bidang seni visual secara tidak langsung mempengaruhi gaya hidup, persepsi dan nilai budaya kita. Dalam konteks ini, seni visual yang dimaksudkan bukanlah hanya terbatas pada karya dalam konteks galeri seni semata-mata, tetapi merentasi bentuk penampilan yang lain 2011. Posted in: Uncategorized 0 Comments Kelangsungan Dondang Sayang admin on December 23rd, 2011 OLEH ANINAH JANANG Dondang sayang umpama nadi masyarakat Baba Nyonya. Hiburan berbalas pantun secara spontan dengan gaya santai dan lucu sudah sebati dalam budaya Baba Nyonya. Kekuatan dondang sayang terletak pada pemantun yang bijak menggunakan kiasan, kasih, budi dan sindiran menyebabkan tidak banyak pemantun dondang sayang dalam
Dewan Budaya » 2013 » April
membeli” semula keintelektualan tersebut sama ada naskhah, surat, atau dokumen! Lihat petikan dokumen Tauliah daripada Sultan Borneo yang melantik Gustavus Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah (Borneo Utara) dan Raja Gaya dan Sandakan pada tahun 1877. “Bahawasanya beta (Abdul Mumin ibni Al-Marhum Maulana Abdul Wahab) berasa perlu untuk menganugerahkan kepada sahabat beta yang setia serta yang dikasihi, Gustavus Baron de terdiri daripada Negeri Paitan, Sugut, Bangayan, Labok, Sandakan, Kinabatangan, dan Mumiang, dan tanah lain sejauh sehingga ke Sungai Sibuko sehingga meliputi wilayah Kimanis dan Binoni, wilayah Pappar dan wilayah Teluk Gaya dan Teluk Sapanggar dengan semua tanah daratan dan pulau yang menjadi sebahagian daripada kawasannya dan begitu juga Pulau Banguey, bagi balasan tertentu yang dipersetujui antara kami.” Dalam perjanjian antara Great
Dewan Budaya » 2014 » June
dua belah garis tengah. Banyak yang hanya terdapat di bahagian barat laut China. Pahatan kayu dan bata yang halus dan guntingan kertas yang cantik, seni kraf tangan kalangan rakyat, memperlihatkan gaya tempatan yang unik. Antara lebih daripada 4000 buah rumah yang dibina pada zaman dinasti Ming dan Qing yang masih wujud di sini, terdapat lebih daripada 400 buah rumah yang masih
Dewan Budaya » 2012 » January
dalam kesusasteraan bandingan telah dikenal pasti, iaitu pendekatan tematik. Melalui pendekatan ini, dua perkara akan difokuskan sebagai subjek perbandingan untuk meneliti karya kedua-dua orang pengarang tersebut, iaitu tema dan gaya bahasa. Tema yang disorot mempunyai kaitan dengan politik, ekonomi dan sosial. Dalam buku ini, maksud yang khusus itu adalah yang berkaitan dengan ketegangan hubungan dan penolakan yang dijajah terhadap yang
Dewan Budaya » 2012 » February
Gordon, serta syarikat Paramount segera menarik balik filem tersebut. Gordon tidak menafikan bahawa filem dapat merangsang penonton untuk meniru apa-apa yang ditonton menyebabkan banyak penonton meniru tindakan, cara berpakaian, gaya rambut dan cara hidup yang dipaparkan menerusi filem. Hasil kajian William F. Fore memberikan pengamatan bahawa TV menyaingi gereja dalam usaha memupuk jiwa dan semangat warga dan seterusnya bangsa di
Dewan Budaya » 2013 » January
seluruh dunia pada masa ini. Sehingga makalah ini ditulis, tarian oleh Park Jae-Sang atau Psy, yang dimuat naik di YouTube mencecah angka 805 juta “penonton”. Semua orang mahu mencuba gaya tarian kuda Psy. Psy memberikan isyarat kepada kita tentang kreativiti yang menjadi enjin penggerak perubahan dunia. Bayangkan, seorang daripada setiap lapan orang penduduk dunia menonton video Psy! Apakah keuntungan daripada

Kembali ke atas