Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ya] | ݢاي

Definisi : 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang meng­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaya

Puisi
 

Hanyut rakit dadan apia,
     Dampar di pantai dimakan buaya;
Makansedikit tidak mengapa,
     Asalkan boleh membawa gaya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lenggang patah sembilan.

Bermaksud :

Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
sendi bersinovium. (UBAT) articular facet (faset sendi) Faset di atas tulang, iaitu tempat tulang tersebut bersendi dengan struktur lain. (UBAT) artificial language (bahasa buatan) 1. Bahasa yang menggunakan peraturan dan gaya bahasa yang direka bentuk khusus oleh manusia untuk memudahkan pelaksanaan penggunaan terten- tu. Contohnya, bahasa pengaturcaraan. 2. Bahasa yang tidak digunakan secara semula jadi oleh manusia. Banding natural language. (KOM rajah yang menunjukkan ciri juzuk kromosom. (BIO) idiopathic muscular atrophy (atrofi otot idiopatik) Lihat muscular dystrophy. (UBAT) idiopathy (idiopati) Penyakit yang puncanya tidak diketahui. (UBAT) idiosyncrasy (idiosinkrasi) 1. Tabiat atau gaya tersendiri seseorang individu. 2. Gerak balas abnormal terhadap ubat, protein atau agen lain yang hanya terjadi pada individu tertentu. (UBAT) idiotype (idiotip) Perihal keadaan yang merujuk kepada genotip individu. (BIO

Kembali ke atas