Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ya] | ݢاي

Definisi : 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang meng­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaya

Puisi
 

Hanyut rakit dadan apia,
     Dampar di pantai dimakan buaya;
Makansedikit tidak mengapa,
     Asalkan boleh membawa gaya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lenggang patah sembilan.

Bermaksud :

Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
freehand draftingsurihan gaya bebasLandskapTiadaGaya menyediakan lukisan pelan tanpa menggunakan alat bantu lukis. Gaya ini biasanya untuk lukisan pelan awal.
picturesque stylegaya lukisanLandskapTiadaGaya reka bentuk yang menghasilkan landskap yang menyerupai sebuah lukisan pemandangan.
abstract stylegaya abstrakLandskapTiadaSuatu gaya reka bentuk yang mempunyai pengertian mendalam, tidak mudah difahami dan tidak menyerupai bentuk yang biasa dilihat. Contohnya, bentuk arca dalam taman.
free hand letteringpenghurufan gaya bebasLandskapTiadaProses menu lis huruf tanpa menggunakan templat huruf. Huruf ini biasanya dicipta mengikut gaya tersendiri pelukis.
lifestyle diseasepenyakit gaya hidupPsikologiPsikologi UmumPenyakit yang berkaitan dengan tabiat peribadi yang boleh merosakkan kesihatan seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan barah. Gaya hidup yang sihat boleh meningkatkan kesejahteraan tetapi sekiranya tingkah laku yang diamalkan itu tidak sihat, maka risiko untuk dijangkiti penyakit kronik adalah tinggi. Antara tabiat atau tingkah laku yang tidak sihat yang menjadi amalan individu ialah merokok, makan secara berlebihan, kurang beriadah, memandu laju, melakukan seks secara tidak sihat, pemakanan tidak seimbang dan stres. Di samping itu, terdapat juga individu yang mempunyai personaliti yang meningkatkan risiko penyakit kronik seperti suka bermusuhan, murung, gundah-gulana dan sering mengejar masa.
cottage style patiopatio ala kotejLandskapTiadaPatio yang direka bentuk dengan gaya yang sesuai dengan rumah seni bina tradisional Eropah ya ng terdapat di desa. Sinonim patio gaya kotej.
stylistic seriationpenderetan stilistikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPengamatan secara kualitatif dalam arkeologi, iaitu dengan menyusun artifak dalam tempoh tertentu (zaman) berdasarkan persamaan ciri gaya. Penderetan ini dilakukan dengan mengklasifikasikan artifak berdasarkan bentuk dan gaya untuk membezakan ciri setiap artifak. Artifak tertentu pada satu zaman disusun berdasarkan perbezaan dan persamaan terdekat antara satu sama lain yang sesuai dijadikan asas pentarikhan relatif. Contohnya, bentuk tembikar, alatan batu dan seni arca.
defensiveness stylegaya pertahananPsikologiPsikologi UmumTindakan yang digunakan oleh seseorang untuk mengalihkan perhatian individu lain daripada menampakkan kekurangan atau kelemahannya yang boleh menimbulkan rasa malu atau bersalah.
self presentationgaya diriKomunikasiKorporatTeknik memperagakan diri di hadapan khalayak. Teknik ini merupakan unsur utama dalam proses komunikasi bukan lisan. Teknik tersebut terbentuk melalui proses pembelajaran sosial serta tingkah laku semula jadi. Peragaan diri individu yang positif akan menghasilkan tanggapan yang meyakinkan oleh khalayak terhadap individu berkenaan. Proses peragaan diri sangat berkait rapat dengan keupayaan individu menyesuaikan tingkah laku dengan persekitaran. Proses peragaan diri boleh dibentuk melalui latihan perapian diri atau pengalaman pergaulan dan pekerjaan. Dalam perhubungan awam atau komunikasi korporat, keupayaan individu menguasai kemahiran peragaan diri membolehkan individu tersebut berfungsi sebagai jurucakap organisasi yang berwibawa, dipercayai, dan disukai oleh pelanggan atau khalayak.
sedentary lifestylegaya hidup sedentariMakanan dan PemakananPemakananCara seseorang menjalani kehidupan yang tidak aktif secara fizikal dan hanya melibatkan aktiviti fizikal ringan. Contohnya, menonton televisyen, bermain permainan video dan berbaring di luar waktu tidur.
12345

Kembali ke atas