Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lang.gang] | ݢلڠݢڠ

Definisi : 1 lapangan tempat meng- adakan sesuatu pertandingan sukan dll. 2 medan peperangan. 3 lingkaran yg dpt dilihat di keliling bulan atau matahari dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ge.lang.gang] | ݢلڠݢڠ

Definisi : 1. tempat menyabung ayam (bertinju, bermain sukan, dll); 2. medan perang (pertempuran, pertarungan, dsb); ~ perang medan perang; 3. lingkaran di sekeliling bulan (matahari, susu, luka, dll); 4. ki ruangan atau tempat perjuangan sesuatu bidang: institusi sastera terus menjadi ~ bertembung, berdialog, dan berdirinya pemikiran yg kritis; tak pernah masuk ~ bergong prb tercengang-cengang (kehairanan); bergelanggang 1. memakai gelanggang; 2. ki bertempur; 3. berlingkaran: air matanya mulai ~ di tepi matanya; ~ mata orang banyak prb sudah terang dan nyata sekali; menggelanggang mengadakan tempat utk menyabung ayam: hendak ~ tujuh hari lamanya, dan hendak memotong kerbau empat belas ekor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelanggang

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berkokok di luar gelanggang,
     bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.

Bermaksud :

Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gelanggang baru PGLMSyazwan ZakariahKosmo Ahad17.09.2006
Gelanggang SiasahMohd. Hashim OsmanMingguan Malaysia16.04.2006
Gelanggang Tok Wali beralih ke PahangJamudin IdrisBerita Harian (Sastera dan Budaya)11.08.2000
Gelanggang Tok Wali terap nilai murniJamudin IdrisBerita Harian (Sastera dan Budaya)05.09.2000
Gelanggang Baca Puisi Seremban meriahIzle IsmailBerita Minggu (Sastera dan Budaya)12.05.2002
Gelanggang Tok Wali ke PahangAkhbar:  Utusan Malaysia (Sastera dan Budaya)08.07.2000
Gelanggang seni akan berwajah baruTiadaUtusan Melayu10.01.1985
Gelanggang budaya diswastakanKhalid AminBerita Harian12.07.1993
GelanggangSabar BohariUtusan Zaman14.02.1993
Gelanggang baru teaterTiadaBerita Harian25.04.1991
12345678

Kembali ke atas