Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lang.gang] | ݢلڠݢڠ

Definisi : 1 lapangan tempat meng- adakan sesuatu pertandingan sukan dll. 2 medan peperangan. 3 lingkaran yg dpt dilihat di keliling bulan atau matahari dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ge.lang.gang] | ݢلڠݢڠ

Definisi : 1. tempat menyabung ayam (bertinju, bermain sukan, dll); 2. medan perang (pertempuran, pertarungan, dsb); ~ perang medan perang; 3. lingkaran di sekeliling bulan (matahari, susu, luka, dll); 4. ki ruangan atau tempat perjuangan sesuatu bidang: institusi sastera terus menjadi ~ bertembung, berdialog, dan berdirinya pemikiran yg kritis; tak pernah masuk ~ bergong prb tercengang-cengang (kehairanan); bergelanggang 1. memakai gelanggang; 2. ki bertempur; 3. berlingkaran: air matanya mulai ~ di tepi matanya; ~ mata orang banyak prb sudah terang dan nyata sekali; menggelanggang mengadakan tempat utk menyabung ayam: hendak ~ tujuh hari lamanya, dan hendak memotong kerbau empat belas ekor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelanggang

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berkokok di luar gelanggang,
     bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.

Bermaksud :

Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Majalah

Dewan Masyarakat | A Kadir Jasin Bercerita
sendirilah yang menjadikan orang Islam huru-hara, bukannya Guan Eng. Kerana kita tidak bijaksana menangani isu agama yang dipolitikkan. Kerana kita memang suka menjatuhkan maruah bangsa-agama sendiri di tengah gelanggang. Kerana kita masing-masing hendak menunjukkan pintar berhujah, tinggi ilmu dan menang bertelagah. Share Walaupun Barat cuba “mengaburi” mata masyarakat antarabangsa dengan menggelar beliau sebagai pemimpin diktator, kerajaan di bawah
Dewan Masyarakat | Khabar Dari Paris
tema “Kuasa Kepimpinan Belia dan Pengaruhnya Terhadap Masyarakat”, di Hotel Ancasa, Melaka. Share Gendang polemik Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) kembali dipalu. Mutakhir ini, Kementerian Pendidikan Tinggi membuka kembali “gelanggang” apabila mencadangkan supaya mahasiswa universiti dibenarkan menyertai aktiviti politik di luar kampus. Share Pengambilalihan PROTON oleh DRB-HICOM Bhd. mampu memulihkan kembali penguasaan kereta nasional dalam pasaran negara. Share UPNM
Dewan Masyarakat
sendirilah yang menjadikan orang Islam huru-hara, bukannya Guan Eng. Kerana kita tidak bijaksana menangani isu agama yang dipolitikkan. Kerana kita memang suka menjatuhkan maruah bangsa-agama sendiri di tengah gelanggang. Kerana kita masing-masing hendak menunjukkan pintar berhujah, tinggi ilmu dan menang bertelagah. PRU ke-13: Pengundi Pilih Siapa? Isu Utama Jika pilihan pengundi di kawasan yang BN menang 137
Dewan Masyarakat | Perspektif
sendirilah yang menjadikan orang Islam huru-hara, bukannya Guan Eng. Kerana kita tidak bijaksana menangani isu agama yang dipolitikkan. Kerana kita memang suka menjatuhkan maruah bangsa-agama sendiri di tengah gelanggang. Kerana kita masing-masing hendak menunjukkan pintar berhujah, tinggi ilmu dan menang bertelagah. Share Bahasa: Perjuangan yang Belum Selesai Perspektif Dawama mestilah memastikan majalah DBP tersebar seluas mungkin, hingga ke
Dewan Masyarakat | 2013 | Februari
sendirilah yang menjadikan orang Islam huru-hara, bukannya Guan Eng. Kerana kita tidak bijaksana menangani isu agama yang dipolitikkan. Kerana kita memang suka menjatuhkan maruah bangsa-agama sendiri di tengah gelanggang. Kerana kita masing-masing hendak menunjukkan pintar berhujah, tinggi ilmu dan menang bertelagah. Share PRU ke-13: Pengundi Pilih Siapa? Isu Utama Jika pilihan pengundi di kawasan yang BN menang

Kembali ke atas