Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cold wavegelombang sejukGeografiTiadaTiada
ammonium thioglycolateammonium tioglikolatPentadbiran PerniagaanTiadaGaram berhablur yang tidak berwarna yang digunakan dalam pengerasan gelombang sejuk.
cloud shieldperisai awanSainsHidrometeorologiStruktur awan utama bagi gelombang siklon tipikal, iaitu, bentuk awan yang terdapat pada bahagian udara-sejuk sistem perenggan. Kawasan liputan maksimum biasanya ditemui di kawasan hadapan perenggan panas dan yang minimum di belakang perenggan sejuk. Dalam lingkungan perisai awan, terdapat keadaan yang serupa tetapi lebih kecil, iaitu perisai kerpasan.
thawing/dilutionpencairanMakanan dan PemakananTeknologi Makanan1. Proses mencairkan ais dalam sesuatu makanan sejuk beku. Secara komersial, makanan sering dicairkan pada suhu hampir di bawah takat sejuk beku dengan menggunakan air suam, udara lembap atau pemasanan gelombang mikro. 2. Proses menjadikan sesuatu bahan kurang pekat daripada asal dengan memindahkan sejumlah kecil bahan ke dalam pencair seperti air suling. Contohnya 1/10 atau 10-1 atau 10 kali lebih cair daripada sampel asal. Dari segi ujian mikrobiologi kehadiran mikroorganisma dalam pencairan yang tinggi menunjukkan banyaknya bilangan mikroorganisma.
warm sectorsektor panasSainsHidrometeorologiKawasan di dalam peredaran siklon gelombang, yang padanya terdapat udara panas. Ia terletak di antara perenggan sejuk dengan perenggan panas ribut. Dalam kes tipikal, sektor panas terus menjadi kecil dan akhir sekali hilang (di permukaan) akibat penaupan.
warm sectorsektor panasMeteorologiMeteorologi PerhubunganKawasan di dalam kitaran siklon gelombang, yang padanya terdapat udara panas. Kawasan ini terletak di antara perenggan sejuk dengan perenggan panas siklon tersebut. Dalam kes tipikal, sektor panas beransur menjadi kecil dan akhirnya lenyap (di permukaan) akibat taupan.
embedded computerkomputer benamTeknologi MaklumatTiadaKomputer yang dipasang pada sesuatu peralatan untuk mengendalikan peralatan tersebut. Perisian tegar yang digunakan untuk mengendalikan peralatan ini, tidak boleh diubah suai atau dikemas kini kecuali menggantikan komputer tersebut. Contohnya komputer yang mengawal mesin basuh, ketuhar gelombang dan peti sejuk.
baroclinic instabilityketakstabilan baroklinikSainsHidrometeorologiKetakstabilan dinamik yang dikaitkan dengan kawasan baroklinik lampau di atmosfera. Ketakstabilan ini dijangka mempengaruhi sebahagian daripada perkembangan gangguan gelombang di dalam arus angin baratan yang kencang yang kerap terdapat di latitud sederahana dan tinggi. Ciri-ciri yang terdapat dalam perkembangan ini ialah kenaikan jisim udara sejuk yang mewakili pengurangan tenaga keupayaan dan pembebasan tenaga kinetik yang berkaitan.
nacreous cloudsawan nakteusMeteorologiMeteorologi PerhubunganAwan stratosfera nadir yang selalunya terjadi di Norway dan Scotland pada musim sejuk, apabila berlaku aliran barat/barat laut yang kuat dan meluas (lekukan meluas di Scandinavia Utara). Awan ini berbentuk seperti kanta, berstruktur lemah dan menunjukkan pendariris terang pada jarak sudut sehingga lebih kurang 40� dari kedudukan matahari. Warna awan ini sangat terang sejurus selepas matahari terbenam (atau sebelum matahari terbit) dan terus berkeadaan seperti itu untuk beberapa ketika selepas matahari terbenam. Min ketinggian awan mengikut ukuran C. Stormer ini ialah 24 km. Awan ini tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja; hakikat ini, bersama dengan kejadiannya, kuat membayangkan bahawa awan ini merupakan golongan awan gelombang gunung. Sifat zarahnya tidak diketahui tetapi kesan optik yang berkaitan membayangkan belauan oleh zarah bulat bergaris pusat kurang daripada 250 m. Awan ini induk mutiara.
nacreous cloudsawan nakreusSainsHidrometeorologiSejenis awan stratosfera yang nadir dan selalunya terjadi di Norway dan Scotland pada musim sejuk apabila berlaku aliran barat-barat laut yang kuat dan meluas (lekukan meluas di Scandinavia utara). Awan ini berbentuk seperti kanta, berstruktur lemah dan menunjukkan pendariris terang pada jarak sudut sehingga lebih kurang 40� dari kedudukan matahari. Warna awan ini sangat terang sejurus selepas matahari terbenam (atau sebelum matahari terbit) dan terus berkeadaan seperti itu untuk beberapa ketika selepas matahari terbenam. Min ukuran ketinggian. Stormer awan ini ialah 24 km. Awan ini tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja; hakikat ini, bersama dengan kejadiannya, kuat membayangkan bahawa awan ini merupakan golongan awan gelombang gunung. Sifat zarahnya tidak diketahui tetapi kesan optik yang berkaitan membayangkan belauan oleh zarah bulat bergaris pusat kurang daripada 250 mm. Awan ini juga diistilahkan sebagai awan induk mutiara.
12

Kembali ke atas