Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemar akan

Peribahasa

Bunga dipetik,
     perdu ditendang.

Bermaksud :

Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "pada Dinasti Qing" dan "pada zaman Dinasti Qing" itu membawa maksud yang sama? "Pada zaman Dinasti Qing, Maharaja Qianlong amat gemar akan kaligrafi Zhao Mengfu." Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Penggunaan ayat "Pada zaman Dinasti Qing, Maharaja Qianlong amat gemar akan kaligrafi Zhao Mengfu."tersebut betul.Makna18.01.2018
Tuan, Adakah ayat di bawah gramatis? 1. (a) Saya gemar akan masakan yang pedas dan yang kurang berminyak. (b) Saya gemar akan masakan yang pedas dan kurang berminyak. Terima kasih.Ayat yang gramatis boleh terdiri daripada dua ayat yang berikut:

1)  Saya gemar masakan pedas dan kurang berminyak.  daripada ayat (i) Saya gemar masakan pedas  
      dan ayat  (ii)
Saya gemar masakan kurang berminyak

2) 
Saya gemar masakan pedas yang kurang berminyak.
Tatabahasa28.09.2017
Ayah sangat gemar akan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu. (munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan dibaluti? terima kasih)Perkataan yang sesuai ialah disaluti.Lain-lain14.01.2014
Mohon semakan penggunaan tagline seperti berikut: Sayangi pantai kita atau Sayangkan pantai kita Yang mana satu yang betul dan mohon penjelasan Terima kasihSalam sejahtera,

Puan,

Berdasarkan data kami, sayangi membawa maksud kausatif, iaitu menyebabkan sesuatu disayangi.

Sayangkan pula membawa maksud suka akan, gemar akan

Berdasarkan konteks ayat di berikan sayangi pantai kita lebih sesuai digunakan.
Tatabahasa05.06.2017
Ayat yang mana satu tepat? 1. Sikap Maya yang GEMAR makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertamah. 2. Sikap Maya yang GEMAR AKAN makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah.

Ayat yang betul ialah Sikap Maya yang gemar makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah.

Tatabahasa20.04.2011
salam satu malaysia, saya tertarik dengan buku teks Bahasa Malaysia KSSR tahun 1 yang diterbitkan oleh DBP (2013) m.s 76 dan 77. walau bagaiamanapun, saya kurang faham penggunaan 'akan' dalam ayat tersebut iaitu; 1. saya suka akan warna warna biru ( m.s 76) 2. Tawi gemar akan warna merah ( m.s 77) bolehkah ayat tersebut ditulis tanpa menggunakan perkataan 'akan' iaitu saya suka warna biru sahaja?Perkataan "akan" digunakan untuk menunjukkan ayat yang gramatis dan untuk memerikan unsur emotif.Untuk makluman saudara, perkataan "akan" digunakan di hadapan kata nama (bukan kata kerja) sahaja. Oleh itu, tidak salah sekiranya ayat tersebut berbunyi " Saya suka warna biru".Tatabahasa05.06.2014
Selamat petang. 1.Ramai orang yang berasa kurang gemar untuk melakukan aktiviti senaman.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah ,mohon beri penjelasan. 2.Selain itu,aktivit senaman merupakan kegiatan riadah yang akan melapangkan fikiran kita.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah,mohon beri penjelasan. 3.Bukan itu sahaja,kita juga dapat melegakan stres dan tekanan perasaan yang kita hadapi.Contohnya,setelah kita penat belajar di dalam kelas,kita boleh mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan mengurangkan tekanan kita.Adakah penggunaan ayat di atas betul? Jika salah,mohon beri penjelasan.Sekian,terima kasih.

Selamat ptg:

1. Ramai orang kurang gemar melakukan aktiviti riadah.
2. Maksud senaman latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. Kamus Pelajar Edisi Kedua. Ayat yang dicadangkan Aktiviti riadah dapat melapangkan fikiran kita.
3. Sres dan tekanan mempunyai makna yang sama. Ayat yang dicadangkan: Selain itu, aktiviti riadah dapat melegakan tekanan yang kita hadapi.
4. Setelah penat belajar, kita boleh menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain06.11.2016
Saya membaca penulisan para pelajar yang gemar megggunakan di dalam buku ini, di dalam tesis ini, di dalam bab ini akan dibincangkan. Saya berpendapat dalam buku ini sudah mencukupi dan tidak perlu lagi ditambah dengan di dalam buku ini. Akan digunakan untuk sesuatu yang akan dilakukan sedangkan tesis telah ditulis dan diserahkan untuk pemeriksaan oleh pemerikasa dalam dan luar. Adakah tesis ini akan memnicangkan betul dalam menggunakan perkataan akan?Kami bersetuju dengan pendapat Dr. frasa "dalam bab ini" dan "dalam tesis ini" adalah yang gramatis. Frasa "di dalam" membawa pengertian lingkungan yang mempunyai ruang atau jarak yang boleh dilihat secara fizikal, manakala frasa "dalam" membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Begitu juga dengan penggunaan kata akan yang lazimnya digunakan bagi perkara yang belum berlaku atau perkara yang dijangkakan.Tatabahasa07.11.2012
Salam sejatera. Saya medapati ramai guru sering menegaskan bahawa perkataan yang indah dan klasik tidak patut digunakan dalam PMR atau SPM tetapi saya berpendapat bahawa pelajar perlu dipupuk untuk mempelajari dan mencintai bahasa melayu demi memartabatkan bahasa kebangsaan kita bukan merisaukan tanggapan pemeriksa semata-mata . Jika pelajar tidak dapat meggunakan perkataan bahasa melayu yang berkualiti dalam peperiksaan, mereka tidak dapat menggunakannya lagi selepas alam persekolahan. Rentetan daripada itu, banyak perkataan bahasa melayu tidak akan dikenali oleh rakyat kita sendiri dalam dunia yang semakin meminggirkan tradisi. Pelajar sering dimomokkan dengan tanggapan pemeriksa yang tidak gemar melihat perkataan indah atau klasik justeru menyebabkan mereka tidak ingin mempelajari perkataan baru dan berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki. Jika setiap pelajar perlu menjadikan kamus dbp sebagai rujukan utama, apa salanya jika menggunakan perkataan yang terdapat dalam kamus yang menjadi akar tunjang kepada bahasa melayu? Jika benar perkataan sedemikian tidak wajar digunakan, mengapakah perkataan ini wujud dalam kamus? Jika perkataan bombastik tidak sesuai dalam karangan peperiksaan, bilakah perkataan-perkataan ini sesuai digunakan? Tujuan saya bukan untuk berperang pena tetapi sebagai anak malaysia yang bertanggungjawab saya agak risau akan situasi ini. Saya berharap pihak dbp dapat memberi penjelasan. Sekian. Bahasa Jiwa Bangsa

Penulisan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Kekuatan kosa kata yang baru atau melankolik tidak menjamin penulisan yang baik.

Istilah17.08.2010
(1)Masalah remaja yang berlaku pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.(2) Ibu bapa sekarang tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. (3)Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan. (4)Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan anak-anak tersebut tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. (5) Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan membandingkan antara halal dengan haram. (6) Oleh sebab itu, anak-anak tersebut membabitkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah.(7) Misalnya, anak yang tidak memupunyai didiak agama akan berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. (8) Sepatutnya, masa ini digunakan untuk menunaikan solat dan membaca buku-buku agama. (9)Pendek kata, kecetekan didikan agama dalam kalangan anak-anak merupakan salah satu faktor masalah remaja. AYAT 4,5- saya tidak dapat pasti sama ada ayat itu betul atau salah. DBP, SAYA MENGGUNAKAN SEMINGGU UNTUK MELATIH KARANGAN INI. Tolong semak peranggan ini.

1. Masalah dalam kalangan remaja pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.

2. Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup.

3. Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan daripada mendidik anak-anak.

4. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk.

5. Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan antara halal dengan haram.

6. Oleh sebab itu, anak-anak mudah terdorong melakukan kegiatan yang tidak berfaedah.

7. Anak yang mempunyai kurang didikan agama lebih gemar berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah.

8. Sepatutnya, kesempatan ini digunakan untuk menunaikan solat dan melakukan kegiatan berfaedah seperti membaca buku.

9. Pendek kata, kecetekan didikan agama merupakan salah satu faktor masalah dalam kalangan remaja.

Tatabahasa14.04.2011

Kembali ke atas