Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[glo.sa.ri] | ݢلوساري

Definisi : senarai istilah berserta takrifnya yg disusun menurut abjad khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata glosari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkan pihak DPB memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana tatacara / panduan untuk menulis glosari?Glosari bertujuan memberikan penjelasan kepada pembaca tentang istilah yang mungkin tidak difahami oleh pembaca mengikut konteks dalam penulisan itu sendiri. Glosari ditulis selepas akhir bab, dengan mengutip istilah dalam hasil penulisan dan menjelaskannya mengikut konteks, berdasarkan apa yang dimaksudkan penulis, yang boleh digabungkan dengan rujukan.  Lain-lain14.01.2010
Saya ingin bertanya, sekiranya Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai glosari untuk perkataan berkaitan pelaburan dan dimanakah boleh saya semak rujukan perkataan sama ada terjemahan dia betul atau salah? Terima kasihSalam sejahtera,

Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan buku glosari pelaburan, iaitu Glosari Pelaburan (1996) dan Kamus Pelaburan (1997). Buku tersebut boleh dirujuk melalui sistem Pengurusan Perpustakaan DBP, iaitu http://pustakav2.dbp.gov.my/ (seperti lampiran).

Rujukan perkataan dan terjemahan pelaburan juga boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) atau melalui pautan http://prpm.dbp.gov.my/

Sekian, terima kasih. 


 
Lain-lain24.04.2020
Assalamualaikum tuan/puan, saya bercadang untuk menterjemahkan istilah-istilah bagi bidang undang-undang yang masih belum mempunyai terjemahan dalam bentuk glosari. Soalan saya adakah apa-apa garis panduan untuk membuat glosari ini? Serta bagaimanakah saya boleh menghantar untuk disemak oleh pihak DBP?Istilah dalam sesuatu bidang/subbidang akan digubal, disemak, dan disahkan melalui penubuhan jawatankuasa bukan secara individu. Jawatankuasa terdiri daripada pakar bidang yang merupakan ahli akademik, pengamal industri, penjawat awam/swasta yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu. Penerbitan buku istilah dikategorikan kepada daftar istilah, glosari istilah atau kamus istilah yang akan menjadi hak milik DBP atau organisasi kerjasama DBP tanpa melibatkan royalti kepada pakar bidang selaku ahli jawatankuasa.Lain-lain21.09.2021
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera Tuan, Nama saya Muhammad Hairy. Saya ingin tahu, adakah pihak DBP ada mengeluarkan panduan istilah ekonomi. Untuk makluman, saya sedang menterjemahkan sebuah buku, Macroeconomy, ke dalam bahasa Melayu, oleh sebab itu saya amat memerlukan senarai istilah ekonomi dalam bahasa Melayu untuk rujukan. Saya harap pihak Tuan dapat membantu dalam hal ini. Salam hormat, terima kasih.Untuk makluman tuan, beberapa buah buku boleh dirujuk antaranya termasuklah Daftar Istilah Kewangan, Kamus Ekonomi, Kamus Insurans, Kamus Ekonomi Islam, Glosari Kewangan Islam, Glosari Insurans, Blosari Pelaburan, Glosari Ekonomi Industri, Glosari Pasaran Modal dan Ensiklopedia Ekonomi Islam.Lain-lain29.07.2015
Adakah DBP telah menyediakan Kamus Astronomi?Salam sejahtera, Kamus Astronomi. Untuk makluman, Bahagian Perkamusan Dewan Bahasa dan Pustaka, belum pernah menerbitkan Kamus Astronomi, tetapi dalam Kamus Dewan Perdana ada dimasukkan entri bidang Astronomi melalui perbincangan bersama2 pakar astronomi 2. Walau bagaimanapun, sebagai rujukan, Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP, ada menerbitkan Glosari Astronomi (1995), glosari yang menyediakan huraian ringkas bagi entri atau istilah astronomi. Sekian, terima kasih.Lain-lain16.11.2020
Apakah perbezaan antara glossari dan istilah

Glosari ialah senarai istilah yang disusun menurut abjad dalam bahasa sumber dan padanannya dalam bahasa sasaran. Glosari turut mempunyai takrifan secara ringkas (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat). 


Istilah pula merupakan perkataan atau rangkai kata yang me­nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat). Lazimnya, kamus istilah mempunyai takrifan yang lebih terperinci berbanding dengan glosari.

Makna07.07.2020
Salam. Saya ingin bertanya mengenai perkataan 'buntat' dalam dialek Pahang. Adakah perkataan buntat yang bermaksud budak kecil mengikut dialek Pahang? Dan adakah sejarah asal usulnya? Terima kasih.DBP ada menerbitkan Glosari Dialek Pahang pada tahun 2015, namun begitu tidak terakam perkataan “buntat” dalam glosari tersebut. Perkataan “buntat” terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan tahun 2015, antaranya untuk penggunaannya dalam contoh peribahasa “buntat hendak menjadi gemala” yang bermaksud orang kecil hendak menjadi orang besar. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua terbitan DBP tahun 2016 juga terakam “buntat hendak jadi gemala” yang bermaksud tidak tahu kekurangan dirinya. Maksud yang diberikan dalam ketiga-tiga buku tersebut tidak membawa maksud budak kecil dan tidak merakam asal usulnya.Istilah21.12.2017
1. apakah yang dimaksudkan glosori? 2. apakah perbezaan antara glosori dengan konsep dan definisi dalam sesebuah penerbitan? 3. jika perkara yang kemukakan telah terdapat dalam konsep dan definisi bolehkah perkara tersebut diulang semula di dalam glosori?Glosari bertujuan memberikan penjelasan kepada pembaca tentang istilah yang mungkin tidak difahami oleh pembaca mengikut konteks dalam penulisan itu sendiri. Glosari ditulis selepas akhir bab, dengan mengutip istilah dalam hasil penulisan dan menjelaskannya mengikut konteks, berdasarkan apa yang dimaksudkan penulis, yang boleh digabungkan dengan rujukan. Glosari tidak sama dengan konsep dan definisi.Makna08.10.2015
Apakah cara pelafalan 'tebante' (Glosari Dialek Pahang)? Adakah menggunakan e taling atau pepet bagi kedua - dua e?Huruf “e” pertama menggunakan e pepet, manakala huruf “e” kedua menggunakan e taling.Tatabahasa23.06.2018
saya ingin bertanya, pada bahagian glosari dialek kelatan, terdapat fonetik yang yan bertanda petak ([]) seperti yang saya lampirkan sebagai gambar untuk entri congok. adakah bentuk tersebut dikira sebagai fonetik? minta penjelasan . terima kasihTanda kurung yang dimaksudkan ialah kurung suku yang digunakan untuk untuk mengapit huruf atau perkataan. Ini bukanlah simbol fonetik tetapi digunakan dalam bidang fonetik untuk mengapit huruf/kata.Tatabahasa23.04.2020
1234567

Kembali ke atas