Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha/] | حق

Definisi : 1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun; ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; ia mem­punyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yg (mana satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu; ~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~ asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pen­dapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ cipta hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai (menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ mutlak hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~ sivil hak warganegara utk men­dapat layanan sama rata, mis utk mengundi atau mendapat pekerjaan; ~ teradjudikasi (Udg) hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran; ~ veto hak mem­­batalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati se­suatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja; berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembali­kan kpd yg ~; mengehakkan memberi hak kpd, menentu­kan hak atas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hak
1. Bersinonim dengan benar
( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kuasa
( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan milik
( kepunyaan)
(kata nama:)

Kata Terbitan : berhak,

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu bersimpul pulih;
Hak jinak menjadi jalang,
     Ke mana hatiku hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Terpelanting memilihi,
     terserak mengampungkan.

Bermaksud :

Kewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disfranchiselucutkan hak undiSejarahTiadaPerbuatan melucutkan hak-hak kewarganegaraan misalnya hak mengundi.
disfranchisementperlucutan hak undiSejarahTiadaPerihal melucutkan hak-hak kewarganegaraan seseorang misalnya hak mengundi.
human rightshak asasi manusiaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak dan kebebasan manusia yang utama, iaitu merangkumi hak sivil dan politik, hak ekonomi, sosial dan budaya, serta hak masyarakat. Contoh hak sivil dan politik ialah hak untuk hidup, kebebasan beragama, hak bergerak dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat. Contoh hak ekonomi, sosial dan budaya ialah hak untuk mendapatkan pekerjaan, pendidikan dan kemudahan kesihatan, manakala contoh hak masyarakat ialah hak kepada pembangunan dan hak penentuan kendiri. Hak asasi manusia tidak boleh dinafikan oleh masyarakat atau negara. Undang-undang yang berkaitan hak asasi manusia melindungi hak ini daripada pencabulan oleh kerajaan.
author's righthak pengarangPerpustakaanTiadaHak-hak eksklusif yang diberi oleh Undang-Undang Hak Cipta kepada penggubah, pengarang dan lain-lain untuk selama beberapa tahun, khususnya berkaitan dengan naskhah cetak, penerbitan, jualan karya asalnya.
basic righthak asasiSejarahTiadaHak-hak menentukan cara hidup sendiri bagi seseorang manusia.
franchiseshak-hak mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
fundamental rightshak-hak asasiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
state's rightshak-hak negaraSains PolitikTiadaTiada
civil rights movementsgerakan hak-hak awamSains PolitikTiadaTiada
declaration of rightsperisytiharan hak-hakSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
12345678910...

Kembali ke atas