Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
hak
1. Bersinonim dengan benar
( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kuasa
( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan milik
( kepunyaan)
(kata nama:)

Kata Terbitan : berhak,

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu bersimpul pulih;
Hak jinak menjadi jalang,
     Ke mana hatiku hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Terpelanting memilihi,
     terserak mengampungkan.

Bermaksud :

Kewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hak asasi manusiahuman rightsUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak dan kebebasan manusia yang utama, iaitu merangkumi hak sivil dan politik, hak ekonomi, sosial dan budaya, serta hak masyarakat. Contoh hak sivil dan politik ialah hak untuk hidup, kebebasan beragama, hak bergerak dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat. Contoh hak ekonomi, sosial dan budaya ialah hak untuk mendapatkan pekerjaan, pendidikan dan kemudahan kesihatan, manakala contoh hak masyarakat ialah hak kepada pembangunan dan hak penentuan kendiri. Hak asasi manusia tidak boleh dinafikan oleh masyarakat atau negara. Undang-undang yang berkaitan hak asasi manusia melindungi hak ini daripada pencabulan oleh kerajaan.
hak golongan minoritiminority rightsUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak kelompok kecil orang yang sama keturunan, agama, bahasa, dan budaya yang tinggal di sesebuah negara, daerah atau tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama, bahasa dan budaya. Hak golongan tersebut terbahagi kepada dua, iaitu pertama, hak normal individu seperti hak untuk hidup dan hak kepada harta, dan kedua, hak bersama. Hak bersama merangkumi hak untuk mengamalkan budaya sendiri, menganuti dan mengamalkan agama sendiri, serta menggunakan bahasa sendiri. Bagi orang kelainan upaya, hak mereka termasuklah hak mengakses kemudahan awam, informasi dan pekerjaan, serta hak mendapat pendidikan secara inklusif. Hak golongan minoriti hendaklah dijamin oleh kerajaan agar mereka terpelihara daripada diskriminasi, penganiayaan dan penindasan. Hak golongan minoriti ada disentuh oleh Waad Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966.
renunciationpelepasan hakSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan penyerahan hak yang boleh dilakukan secara jelas seperti melalui surat atau secara tidak jelas oleh sesuatu negara yang sebenarnya mempunyai hak terhadap sesuatu tetapi hak tersebut telah dicerobohi oleh pihak lain. Contohnya, sekiranya terdapat bahagian tertentu wilayah sesebuah negara diduduki negara lain dan negara pemilik membiarkannya, maka negara tersebut dianggap telah melepaskan haknya terhadap wilayah tersebut.
hak istimewa diplomatdiplomatic privilegesUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak yang khusus bagi kedutaan, duta, pegawai kedutaan, ahli keluarga termasuk harta-harta yang dimiliki. Hak istimewa diplomat merupakan satu adat dan telah dikanunkan dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Hak istimewa diplomat ini diberi untuk memastikan diplomat menjalankan tugas yang berkesan, seterusnya menggalakkan hubungan baik antara negara. Contoh hak istimewa diplomat ialah kekebalan daripada bidang kuasa jenayah, sivil dan pentadbiran negara penerima, dan ketakbolehcabulan daripada ditahan, ditangkap, digeledah, dicederakan atau dibunuh. Harta mereka juga tidak boleh ditahan, digeledah atau disita. Walaupun kedutaan dan diplomat perlu mematuhi larangan dan sekatan dalam mengimport barangan, tetapi mereka mempunyai hak untuk tidak dikenakan cukai atau duti terhadap barangan import yang dibawa masuk bagi kegunaan rasmi atau peribadi. Hak istimewa diplomat ada yang bersifat mutlak, dan ada juga yang bersifat tidak mutlak. Sinonim keistimewaan diplomatik.
extraditionpenyerahan balikSains PolitikHubungan AntarabangsaPenghantaran pulang individu atau pelarian ke negara asalnya berasaskan perjanjian ekstradisi yang dibuat antara negara. Secara umumnya, perjanjian tersebut telah menetapkan bahawa sesebuah negara tiada kewajipan mengembalikan pelarian politik. Pelarian politik boleh diberikan hak suaka politik atas prinsip perikemanusiaan. Hal ini selari dengan fasal 14 dalam Deklarasi Hak-Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
hak penangkapan ikan keutamaanpreferential fishing rightUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak yang diberikan kepada nelayan dari negara lain untuk menangkap ikan di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ). Hak tersebut tertakluk kepada perjanjian khas antara negara yang terlibat. Contohnya, negara A telah memberi keizinan menangkap ikan di Zon Ekonomi Eksklusif kepada negara B dengan syarat tertentu. Syarat tersebut antaranya ialah pemberian keizinan dengan prosedur yang ketat, pembayaran atau pampasan atas keizinan penangkapan tersebut, jenis penangkapan ikan yang dibolehkan, jumlah penangkapan yang dibolehkan, peraturan musim penangkapan, ukuran dan jumlah alat penangkapan/kapal yang digunakan, pengawasan, pemeriksaan jumlah penangkapan, atau prosedur undangundang apabila terjadi pelanggaran izin tersebut.
hak laluanrights of passageUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak sebuah negara agar kapal perangnya boleh melayari selat antarabangsa, meskipun dengan melalui selat tersebut, kapal perang itu memasuki laut wilayah sebuah negara pantai. Hak ini diiktiraf oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Corfu Channel.
spot programmingrancangan tumpuanKomunikasiKorporatProses pengiklan mendapatkan hak pengiklanan dalam rancangan yang mendapat perhatian khalayak. Proses ini juga dirujuk sebagai penetapan hak terhadap sesuatu tempoh siaran radio, televisyen, atau filem yang telah ditentukan oleh agensi pengiklanan. Pengiklan mungkin menguasai kesemua masa iklan dalam tempoh rancangan disiarkan atau memiliki separuh hak masa siaran. Selain itu, pengiklan juga boleh mendapatkan hak siaran bagi rancangan di sesuatu kawasan liputan. Pengiklan dapat menyesuaikan kedudukan masa penyiaran iklan dan mesejnya dengan kandungan rancangan dengan memiliki hak terhadap rancangan atau tempoh siaran.
orang perundanganlegal personUndang-undangUndang-undang AntarabangsaEntiti yang mempunyai hak dan kewajipan dalam sesuatu sistem undang-undang. Dalam sistem undang-undang nasional, orang perundangan termasuk orang sebenar, syarikat, pertubuhan dan kerajaan. Walau bagaimanapun, hak dan kewajipan syarikat, pertubuhan dan kerajaan tidak sama dengan hak dan kewajipan orang sebenar berdasarkan perbezaan fungsi dan peranan masing-masing. Contohnya, syarikat atau pertubuhan mempunyai hak dan kewajipan untuk menyaman mana-mana pihak yang merampas hartanya atau memburukkan namanya. Dalam undangundang antarabangsa, orang perundangan termasuklah negara dan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hak dan kewajipan seperti membuat tuntutan di mahkamah atau tribunal antarabangsa dan membuat triti antarabangsa.
aerial navigationpengawasan ruang udaraSains PolitikHubungan AntarabangsaKawalan terhadap hak ruang udara sesebuah negara. Hak tersebut telah disepakati dalam Konvensyen Paris pada tahun 1919. Konvensyen tersebut telah menetapkan bahawa setiap negara mempunyai kedaulatan terhadap ruang tanpa batas ketinggian. Sekiranya pesawat negara asing mendarat di sesebuah negara, negara tersebut mempunyai hak membuat pemeriksaan terhadap pesawat tersebut. Selain itu, lalu lintas udara juga dibuat melalui kerjasama dua atau pelbagai negara.
12345678910...

Kembali ke atas