Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kam­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
halaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan pekarangan rumah: laman, taman,

2. Bersinonim dengan muka surat.


Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Bersihkan halaman sendiri dulu,
     baru bersihkan halaman orang.

Bermaksud :

Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)

559

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Halaman Kita: Sesat jalanRozylah Mohd BorhanDewan Pelajar1 November 1979
Halaman Kita: Pergi ke Kuala LumpurShafinaz SehatDewan Pelajar1 November 1979
Halaman Kita: Pantun Dewan PelajarRozlinda Mohd RozlinDewan Pelajar1 November 1979
Halaman Kita: Didikku sayangNor Zalila Hj. IsmailDewan Pelajar1 November 1979
Halaman Kita: Tidak pernah laparNorlila OmarDewan Pelajar1 November 1979
Halaman kita: Haruan menipu pipitMohd. Nizan DahdiDewan Pelajar1 November 1979
Halaman Kita: GuruMazni OthmanDewan Pelajar1 November 1979
Halaman Kita: Louis PasteurNik Lah Nik ManDewan Pelajar1 October 1979
Halaman Kita: Datuk sudah tuaAbd. Kadir Md. YasinDewan Pelajar1 October 1979
Halaman Kita: Ali, budak nakalRohani Md. LanaDewan Pelajar1 October 1979
12345678910

Kembali ke atas