Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kam­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
halaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan pekarangan rumah: laman, taman,

2. Bersinonim dengan muka surat.


Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Bersihkan halaman sendiri dulu,
     baru bersihkan halaman orang.

Bermaksud :

Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)

559

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BINA AYAT 1)bersenam-Murid-murid bersenam dengan berhati-hati. ( Mohan dan murid-murid)bersenam di padang. Adakah kedua-dua ayat ini tidak bermasalah? 2)mengayuh-Aiman mengayuh basikal di halaman.(halaman atau halaman rumah??) TERIMA KASIH.Berikut merupakan ayat yang telah diperbaik:
1. a. Murid-murid bersenam/ bermain dengan berhati-hati.
    b. Cikgu Mohan dan murid-murid bersenam di padang.


2. Penggunaan perkataan halaman sudah gramatis dalam ayat "Aiman mengayuh basikal di halaman."

Tatabahasa09.05.2014
penggunaan 'di' atau 'pada' : - lampiran - talian - alamat emel - halaman (buku) - halaman (rumah)Untuk makluman, kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Manakala, kata sendi nama "pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti pada pukul dan pada dinding.

- lampiran = di lampiran
- talian = melalui talian
- alamat e-mel = di alamat e-mel
- halaman (buku) = pada halaman
- halaman (rumah) = di halaman
Tatabahasa29.10.2015
Adakah ayat di bawah betul penggunaan perkataan 'halaman"? 1. Alia menyapu halaman sekolah.Ayat yang tepat ialah Alia menyapu di halaman sekolah.Tatabahasa21.03.2013
yang manakah paling tepat, 'Halaman buku teks' atau 'Buku teks Halaman'. terima kasihFrasa yang betul ialah 'halaman buku teks', merujuk halaman dalam buku teks.Tatabahasa04.05.2011
Salam Sejahtera. Apakah pembezaan 'Laman' dan 'Halaman'? ( Kedua-dua perkataan adalah berkaitan dengan istilah komputer. Terima kasih.

Dalam bentuk kata umum laman dan halaman sama maknanya, dan pemakaian dalam bidang istilah perlu melihat kepada istilah yang telah dibentuk. Dalam bidang komputer kebanyakan istilah page ialah halaman seperti page break - pemisah halaman, page addressing - pengalamatan halaman, page printer - pencetak halaman dan sebagainya, serta amat sedikit yang menggunakan laman seperti homepage - laman web.

Makna25.06.2010
Salam sejahtera ! Soalan :(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Adakah ayat (i) dan (ii) sama maksud dengan ayat (A) Terima kasih(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya.
(i)  Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi.
(ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah.
Ketiga-tiga ayat tersebut sama maksudnya, ayat (i) dan (ii) ialah bentuk pasif ayat (A).
Tatabahasa28.10.2014
Satu pertanyaan. Bagi makalah bagi ruangan TUMPUAN, dan LUAHAN MINDA, berapakah jumlah minima dan maksima format halaman ditentukan?Sdr Khay Barbara bagi ruangan Tumpuan 8 halaman, Luahan Minda satu halaman.Lain-lain22.06.2012
MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA PASIF-TEPAT ATAU TIDAK JAWAPAN DI BAWAH. ? AA-SITI MENYAPU HALAMAN RUMAHNYA JWP AYAT PASIF-HALAMAN RUMAH SITI DISAPUNYA..

Ayat aktif: Siti menyapu halaman rumahnya.

Ayat pasif: Halaman rumahnya disapu oleh Siti.
Tatabahasa17.10.2014
Apakah perbezaan halaman dengan muka surat

Halaman dan muka surat kedua-duanya membawa maksud yang sama,iaitu halaman (buku)/muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak.

Lain-lain08.10.2010
Saya memohon garis panduan untuk mencetak halaman maklumat pengesahan bahasa. Saya hendak mencetak halaman tersebut tetapi tiada icon mencetak disediakan dan 'right click' di halaman tidak dibenarkan. Harap maklum.Kami tidak dapat mengesan makumat tuan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sehubungan dengan itu, sila hubungi pegawai Sistem Maklumat DBP melalui talian 03-21479389/21479373 untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan.Lain-lain06.06.2016
12345678910...

Kembali ke atas