Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kam­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan pekarangan rumah: laman, taman,

2. Bersinonim dengan muka surat.


Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Bersihkan halaman sendiri dulu,
     baru bersihkan halaman orang.

Bermaksud :

Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Halaman tempatan, halaman sendiri atau hompejFoziah TaibBerita Harian15.08.1996
Halaman NostalgiaLee Chun HockNew Sabah Times09.11.2008
Halaman iniEnseranNew Sabah Times21.09.2008
Halaman depan pemikat pembacaShaidah ShafieBerita Harian12.04.2007
Halaman kamus komputer telapakTiadaBerita Harian24.08.1998
Halaman perbodohkan orang kampung?Mokhtar Hj AliasBerita Harian03.02.1987
Halaman sastera bukan hak mutlakSalbiah AniBerita Harian (Sastera & Budaya)12.11.2001
Di Halaman MerdekaNazim Mohd. SubariMingguan Malaysia (Seni dan Sastera)27.08.2000
Kampung HalamanBaharuddin C. DMingguan Malaysia05.08.1979
Kampung halaman dalam puisiM Jasni MajedBerita Harian03.10.1994
1234

Kembali ke atas