Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kam­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
halaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan pekarangan rumah: laman, taman,

2. Bersinonim dengan muka surat.


Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

559

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Majalah

Dewan Budaya » 2011 » December
Pewaris Istana Melaka admin on December 24th, 2011 OLEH AKILAH ARIFFIN Tajuk: Air Mata Raja Pengarang: Shaharudin Haji Ali dan Norzailina Nordin Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun Terbitan: 2011 Halaman: 963 halaman Harga: RM55.00 Buku Air Mata Raja merupakan sebuah karya yang menjanjikan kelainan dalam seni penulisan dan yang mencetuskan satu kemungkinan dalam sejarah tanah Melaka. Karya ini melakarkan pewaris sebuah
Dewan Budaya » 2013 » February
kuplet, dan pakaian tradisi ceongsam yang berwarna merah, amat sinonim dengan kemeriahan sambutan ini dalam kalangan masyarakat Cina. Menjelang Tahun Baharu, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul di kampung halaman. Segala hutang piutang perlu dilunaskan agar tidak dikelilingi oleh hutang sepanjang tahun yang mendatang. Mercun dibakar pada tengah malam sebagai tanda bermulanya tahun baharu dan bagi menghalau puaka dan nasib
Dewan Budaya » 2014 » January
Tulou Hakka”. Tulou mempunyai banyak bentuk. Selain bentuk bulat yang menyerupai kubus, ada juga yang berbentuk empat segi, lapan segi, segi empat tepat, dan bujur. Setiap bangunan Tulou mempunyai satu halaman di tengah-tengah dan dikelilingi oleh rumah-rumah bertingkat empat atau lima, yang dapat menampung sehingga beratus-ratus orang penghuni. Kebanyakan keluarga yang tinggal di dalam satu bangunan berasal daripada
Dewan Budaya » 2017 » January
abad ke-20, Oxford English Dictionary menambah sebanyak 90 ribu kosa kata . Kamus yang mula diusahakan pada tahun 1857, bagi edisi kedua yang diterbitkan pada tahun 1989, mempunyai 21 728 halaman dalam 20 jilid. Edisi ketiga mula diusahakan pada tahun 2000. Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini, “Perbendaharaan kata sesuatu bahasa menggambarkan khazanah
Dewan Masyarakat | 2010 | November
Potter semakin hampir melabuhkan tirainya. Filem yang diadaptasi daripada siri novel fenomena dunia itu dipecahkan kepada dua bahagian. Persoalannya, adakah pemecahan bahagian akhir ini bertujuan menjaga hati peminat agar 600 halaman novel terakhir siri itu digarap dengan sempurna, atau sebahagian daripada strategi pembikinnya untuk mengaut keuntungan? Share Politik Masjid di Manhattan Antarabangsa Republikan berkokok lantang tentang bagaimana Obama mengambil pendirian terhadap
Dewan Budaya » 2014 » November
pakaian – diletakkan terbuka di hadapannya. Di dalam beg itu, kelihatan beberapa keping wang kertas dan duit syiling. Yang agak menarik ialah ada juga buku, yang tertera nama lelaki itu pada halaman kulit, di situ. Harganya RM20 senaskhah. Rupa-rupanya lelaki itu juga penulis. Pada hakikatnya, persembahan yang begitu belum mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana

Kembali ke atas