Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.bar] | همبر ک

Definisi : 1 tidak ada rasa; tawar (ttg makanan). 2 tidak mengambil berat; dingin; acuh tak acuh: sikap yg ~; suara yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ham.bar] | همبر ک

Definisi : 1. tidak ada rasa, tidak berasa masin sedikit pun, tawar; 2. dingin, acuh tak acuh, tidak bersemangat: suaranya ~; terhadap suaminya ia mengambil sikap yg ~ sahaja; menghambar menjadi tawar (dingin, tidak bersemangat): pergaulan mereka suami isteri mungkin ~ jika tidak ada anak-anak yg mengikat perhubungan mereka; menghambar menjadi tawar (dingin, tidak bersemangat): pergaulan mereka suami isteri mungkin ~ jika tidak ada anak-anak yg mengikat perhubungan mereka; menghambar menjadi tawar (dingin, tidak bersemangat): pergaulan mereka suami isteri mungkin ~ jika tidak ada anak-anak yg mengikat perhubungan mereka; kehambaran rasa hambar, rasa tawar: pd mula­nya memang ada sedikit prasangka tentang ayam luar negeri mungkin kerana ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hambar (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan tawar, adem,

2. Dalam konteks sikap
bersinonim dengan dingin, acuh tak acuh, bena tak bena, endah tak endah, hilang minat, tidak bersemangat,

Kata Terbitan : menghambar, kehambaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di manakah penggunaan format Italic boleh digunakan dalam ayat. 1. Nama buku - Buku My Biography yang diterbitkan pada tahun lalu. 2. Kumpulan The New Generation bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur bulan depan. 3. Dia belajar di University of London dalam bidang Kejuruteraan Kimia. 4. Perkataan `venue', `rating' dan 'tip' apakah perlu Italic atau kekal seperti biasa. 5. Gelaran seperti kumpulan The Red Warriors. 6. Anuar Manan yang digelar The Rocket Man. 7. Pada program Grammy Awards itu. 8. Seramai 450 penunggang basikal menyertai kejohanan sempena Taman Negara Green Jamboree itu. 9. Meskipun bermula hambar dengan double-bogey di lubang kedua, dia bangkit pada lubang seterusnya dengan lima birdy untuk mencatat tiga bawah par 68. Sekian terima kasih.Mengikut amalan penerbitan DBP, huruf italik atau huruf condong digunakan untuk menulis judul karya seni dan penerbitan, nama sains, dan sebagainya. Contoh judul karya seni dan penerbitan ialah judul buku, judul drama, nama akhbar, nama majalah, judul filem, dan nama lagu.  Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tahun 1995, halaman 80.Lain-lain11.03.2012
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya.
i.  Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....."
ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit".
Lain-lain28.06.2016

Kembali ke atas