Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1. berdampil (dgn seseorang), ber­damping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, per­hubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampai­kan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikut­nya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...; ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai; ~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang; hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; hampirkan hampir akan; berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; menghampiri mendekati, datang men­dekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; menghampirkan mendekatkan, men­dam­ping­­kan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; terhampir terdekat; hampiran tempat yg dekat, dekatan; kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; penghampiran proses (hal) meng­hampir­­kan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Puisi
 

Hari hampir sudah siang,
     Fajar di hulu sudah benderang;
Aku duduk di Muha Lawang,
     Makin bertambah hatiku pusang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Majalah

Dewan Budaya » 2015 » June
teks klasik China abad kelima dan ketujuh mendedahkan bahawa orang dari alam Melayu memiliki kapal yang mampu membawa 1000 orang, selain muatan antara 250 hingga 1000 tan. Kelihatannya kapal tersebut hampir-hampir menyamai kapal persiaran zaman sekarang, mungkin juga Titanic , pastinya lebih besar daripada Flor de la Mar jika kita melihat replikanya di Melaka atau kapal milik Jack Sparrow dalam filem The
Dewan Budaya » 2015 » September
menukar topeng dan hiasan kepala untuk menandakan watak yang berbeza. Cerita tentang raja Bali dipersembahkan. Persembahan ini selalunya bersabit dengan pesta berhala ( odalan ) dan ritual lain. Asas tarian topeng, bahkan hampir kesemua tarian Bali ialah agem, iaitu kedudukan badan asimetrikal. Dalam pengendalian agem kanan, berat badan terletak di atas kaki kanan dengan kaki kiri di hadapan kaki kanan dalam posisi sudut perempuan lentik ( arched ) dalam keadaan kaki bengkok dan punggung tonjol ke belakang kiri atau kanan. Kemudian dilakukan gerak berjalan. Posisi tangan tetap di bahagian atas. Lengan dan bahagian tangan atas hampir selari dengan paras bahu. Kedua-dua tangan dan lengan dalam keadaan bengkok. Tarian topeng menggambarkan gerak abstrak yang bermula dan berakhir dengan gaya agem . Pergerakan tari topeng dibahagikan kepada halus
Dewan Budaya » Plitvice Taman Dunia
ke air. Pada pagi hari, sungai lebarnya mengalir menderu. Ada tingkat-tingkat air yang mungkin juga tidak seluruhnya alamiah. Tapi dengan cara membina empangan, maka air melompat dan menuruni sekitar hampir 1 meter ke bawah – dan membina jeram yang panjang dan tinggi. Pada awal pagi pun sudah ada yang berkayak dan mengail. Kata pengkaji, kesan air terhadap manusia ialah, “Air menenangkan
Dewan Budaya » Kembara Seorang Penyair
ke air. Pada pagi hari, sungai lebarnya mengalir menderu. Ada tingkat-tingkat air yang mungkin juga tidak seluruhnya alamiah. Tapi dengan cara membina empangan, maka air melompat dan menuruni sekitar hampir 1 meter ke bawah – dan membina jeram yang panjang dan tinggi. Pada awal pagi pun sudah ada yang berkayak dan mengail. Kata pengkaji, kesan air terhadap manusia ialah, “Air menenangkan
Dewan Budaya » 2013 » September
salah orang lain pula. Lain yang sakit lain pula yang diubat, lain yang salah lain pula yang dihukum. Hukama berkata, sesuatu milik kita akan mula dihargai apabila yang dimiliki itu hampir terlepas atau sudah terlepas daripada genggaman. Malangnya, apabila ego kesombongan menafikan kelemahan kesalahan sendiri hingga membutakan mata hati untuk muhasabah diri. Mencari salah dengan menunding satu jari kepada orang lain bahkan pengiktirafan pada kebudayaan asal penduduk negara ini. Ilusi manusia yang berumur setengah abad terhadap dirinya yang berasa sentiasa benar menghanyutkan bahtera negara yang sentiasa berada dalam zon selesa hingga hampir karam kehilangan kuasa pentadbiran.Hal inilah yang harus diakui secara jujur bahawa berpunca daripada kemelut kuasa dengan kemudi bangsa sebagai tonggak kapal keharmonian negara ini bakal hancur tenggelam diamuk badai
Dewan Budaya » 2012 » February
ke Tanah Melayu untuk berniaga. Songkok lazimnya dipakai oleh masyarakat Melayu Islam ketika pergi menunaikan solat ataupun menghadiri upacara rasmi. Songkok amat popular ketika Hari Raya Aidilfitri. Reka bentuk songkok hampir sama dengan fez atau tarbus yang amat popular di Turki. Tarbus sebenarnya berasal dari Greek Purba dan diterima pakai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pada asalnya, serban panjang akan dililit pada Melayu memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan pelbagai solek di hulunya sebagai pakaian kebesaran. Bentuk ikatan (solek) dan warnanya berlainan antara negeri dengan negeri yang lain. Tanjak hampir sama dengan tengkolok. Ada pihak menggelarnya tanjak, tengkolok atau destar. Umumnya, ketiga-tiga istilah ini merujuk bentuk yang sama, iaitu busana yang dipakai di bahagian kepala. Tanjak dipakai oleh lelaki
Dewan Budaya » 2014 » February
waktu itu apabila turut serta dalam Kumpulan Anak Alam. Pelopor awal Anak Alam merupakan pelukis dan penyair, maka puisi mendapat suara di kanvas dan kanvas menjadi ruang penyair bersuara. Setelah hampir 40 tahun mengabadikan diri dalam dunia seni, maka peluang yang diberikan oleh Datuk Johan Jaafar selaku Pengerusi Media Prima untuk mengadakan pameran lukisan di Balai Berita, The New Straits Times
Dewan Budaya » 2014 » July
sains! Dari sudut ini, universiti bukan lagi tempat yang membawa “satu kisah”, hatta tidak lagi memanfaatkan uni-verse . Kerana itu jugalah, alam semesta kini turut kusut-masai kerana kesepaduan ilmu hampir tidak wujud. Tidak salah jika ada pihak yang menganggap hal ini sebagai pengkhianatan kepada kefahaman ilmu itu sendiri apabila tercetusnya ratusan bidang yang seolah-olah tiada kaitannya dengan yang lain
Dewan Budaya » 2015 » February
menuntut ilmu di luar negara dianggap sebagai peluang keemasan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang menyimpan hasrat untuk menjelajah dan melihat dunia ilmu dengan skala yang lebih luas. Pengalaman selama hampir empat tahun berkelana di England dan menuntut di University of Hull cukup memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup penulis. Banyak juga perbahasan yang menyentuh budaya yang datangnya dari
Dewan Budaya » 2015 » March
Siti Safirah Ismail, Wan Nurul Hawa Wan Azehar, Siti Nor Azreen Ahmad Zaini dan Intan Norasheela Idris. Tanpa sokongan bulat semua yang terlibat, maka pementasan akan menjadi bencana. Patutlah penonton hampir memenuhi dewan. *** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Mac 2015. Posted in: Uncategorized 0 Comments CHETTI: JANTUNG BUDAYA PUSAKA BANGSA admin on March 1st, 2015 Oleh: Ramakrishnan Ramasamy
Dewan Budaya » 2015 » May
ibu kota. Aida Othman yang membesar dengan kumpulan teater Bakawalee, Pulau Pinang, dipilih khas oleh Wak Khalid kerana kesungguhannya dalam berteater. Kes Rudi menarik untuk dirakamkan di sini. Rodi, yang hampir 10 tahun meninggalkan dunia seni drama televisyen, filem dan teater, berjaya dijejaki persembunyiannya oleh Wak Khalid. Dia diambil kembali untuk memainkan watak Mat Pit/penagih yang pernah dipegangnya sejak pementasan
Dewan Budaya » 2015 » October
pada awal abad ke-19, herba ubat masih berupaya mengekalkan peranan pentingnya dalam penjagaan kesihatan harian, terutama dalam kalangan penduduk luar bandar. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1993, hampir 80 peratus penduduk dunia masih menggunakan ubat yang berasaskan bahan herba ubat kerana bahan ini merupakan sumber yang murah diperoleh. Dari segi sains, khasiat herba ubat, khususnya, terletak pada kandungan
Dewan Budaya » 2017 » June
itu, pelbagai persoalan timbul – apa puncanya? siapa? bagaimana? kenapa? – sehingga penulis ini tidak menyedari bahawa terdapat satu petak tempat letak kereta yang kosong dan telah “dicuri” oleh kenderaan lain. Setelah hampir sejam mencari tempat letak kereta, perancangan awal penulis ini untuk mengeluarkan peluh di taman ternyata tidak berjaya dan telah bertukar kepada mengeluarkan peluh di dalam kereta. Penulis ini mengambil keputusan
Dewan Budaya » Tradisi
ke Tanah Melayu untuk berniaga. Songkok lazimnya dipakai oleh masyarakat Melayu Islam ketika pergi menunaikan solat ataupun menghadiri upacara rasmi. Songkok amat popular ketika Hari Raya Aidilfitri. Reka bentuk songkok hampir sama dengan fez atau tarbus yang amat popular di Turki. Tarbus sebenarnya berasal dari Greek Purba dan diterima pakai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pada asalnya, serban panjang akan dililit pada
Dewan Budaya » Nota Editor
panggung wayang moden – sinepleks. Tidak dapat dipastikan akan kali terakhir penulis ini berkunjung ke panggung wayang tradisional atau panggung wayang moden. Barangkali kali terakhir kunjungan penulis ini ke pawagam berlaku hampir 20 tahun yang lalu! Sepanjang ingatan, tidak lebih daripada lima kali penulis ini mengunjungi sinepleks. Antara yang dikunjungi termasuklah sinepleks di Amcorp Mall yang kini telah menjadi toko buku lebihan
Dewan Budaya » 2012 » March
lelaki mencarikan calon pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka setelah sampai waktunya. Ada juga yang meminta bantuan daripada sanak saudara bagi membantu mencari calon yang baik. Walau bagaimanapun perkara ini hampir sukar ditemui pada zaman sekarang kerana bimbang banyak calon yang dipilih tidak serasi dengan mereka. Setelah calon perempuan dijumpai, upacara merisik dan pertunangan dilangsungkan. Majlis pertunangan diadakan di rumah pihak
Dewan Budaya » 2014 » November
pusat transit bagi sistem kereta api ibu kota. Dalam kesibukan dan keriuhan suasananya itu, kedengaran sayup-sayup suara lelaki mendendangkan sebuah lagu lama dengan petikan gitar kapuknya. Semakin lama semakin hampir dengan siulan tersebut, yang akhirnya ditemukan dengan seorang pemetik gitar yang lokasinya di bucu pintu keluar masuk stesen kereta api KTM. Dalam fikiran, tiadakah penguat kuasa yang melarangnya untuk terus
Dewan Budaya » 2017 » April
panggung wayang moden – sinepleks. Tidak dapat dipastikan akan kali terakhir penulis ini berkunjung ke panggung wayang tradisional atau panggung wayang moden. Barangkali kali terakhir kunjungan penulis ini ke pawagam berlaku hampir 20 tahun yang lalu! Sepanjang ingatan, tidak lebih daripada lima kali penulis ini mengunjungi sinepleks. Antara yang dikunjungi termasuklah sinepleks di Amcorp Mall yang kini telah menjadi toko buku lebihan
Dewan Budaya » 2018 » July
ke air. Pada pagi hari, sungai lebarnya mengalir menderu. Ada tingkat-tingkat air yang mungkin juga tidak seluruhnya alamiah. Tapi dengan cara membina empangan, maka air melompat dan menuruni sekitar hampir 1 meter ke bawah – dan membina jeram yang panjang dan tinggi. Pada awal pagi pun sudah ada yang berkayak dan mengail. Kata pengkaji, kesan air terhadap manusia ialah, “Air menenangkan

Kembali ke atas