Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.rot] | هيروت

Definisi : (hérot) tidak lurus atau tegak benar, benyot, mencong: ibuku ketawa riang hingga ~ bibir mulutnya; ~-benyot = ~-berot terlalu herot; mengherotkan menjadikan herot, mem­ben­yotkan, memencongkan: garisan yg dilu­kisnya diherotkan sedikit; suaranya keras mengejut menyebabkan Timah ~ bibirnya; mengherot-herotkan menyebabkan herot be­ber­apa kali atau banyak kali; terherot-herot menjadi herot-berot, ter­benyot-benyot, termencong-mencong: kaca itu membuat rupanya kelihatan ~; herotan 1. sesuatu yg tidak tepat, kecacatan: ilmu pengetahuan mereka begitu bebas drpd ~ yg disebabkan oleh pengaruh sosial; 2. (Komp) perubahan rupa bentuk pd gelombang isyarat penerima berbanding dgn isyarat asal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
herot (adjektif)
Bersinonim dengan bengot, benyot, mencong, serong, genjang, peok, piuh, perot, mengsol, gerenyot, kemek, mengot, menguk, gelebek;,
Kata Terbitan : mengherotkan, terherot-herot,


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gebot[gE.bot]kata adjektifberkenaan tubuh badan yang herot.Lepaih eksiden tu muka Mamat jadi gebot.[l«.pAC ek.si.den tu mu.kA mA.mAt dZA.di gE.bot]Selepas kemalangan itu muka Mamat jadi herot.

Kembali ke atas