Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dung] | هيدوڠ

Definisi : 1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~ siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki kelibat (imbasan) sese­orang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai sese­orang; lubang ~ bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang; ~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah; ~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~ sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiar­kan dirinya dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur) ~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang; berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah; menghidung 1. = kehidung-hidungan me­ng­ucapkan sesuatu dgn sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hidung
Kata Terbitan : menghidung,

Puisi
 

Sayang Santubong ke Teluk Tambak,
     Tempatlah budak berjalan kaki;
Hidung mancung bersenyum tidak,
     Di situ tempat gilaku mati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hidung sudah rampung diatur orang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai jelongak kerbau rampung).

 

Lihat selanjutnya...(19)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hidungnoseStruktur berongga yang terletak di sebelah atas mulut dan digunakan untuk menghidu dan bernafas.Menengah Rendah
lubang hidungnostrilStruktur saluran hidung yang mempunyai dua cabang pada pembukaan luar untuk menghidu dan bernafas.Menengah Rendah
rongga hidungnasal cavityRongga yang dilapisi membran mukus dan bersambung dengan mulut melalui farinks. Lihat RajahMenengah Rendah
bersinsneezeHembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan.Sekolah Rendah
bausmellSesuatu yang dapat dihidu dengan hidung. Contohnya, busuk, hangit dan wangi.Sekolah Rendah
sumbuhornStruktur runcing yang melengkung ke belakang dari bahagian hidung badak. Lihat RajahSekolah Rendah
organ pernafasanbreathing organOrgan yang terdiri daripada rongga mulut atau hidung, trakea dan peparu, yang berfungsi untuk pertukaran gas semasa pernafasan.Sekolah Rendah
penarikan nafasinhalationProses pemasukan udara ke dalam paru-paru melalui mulut dan hidung.Menengah Rendah
organ deriasensory organOrgan yang dapat mengesan rangsangan kerana kehadiran sel-sel saraf. Contohnya, mata, telinga, lidah, hidung dan kulit.Menengah Rendah
selesemafluPenyakit yang menjangkiti bahagian atas salur pernafasan disebabkan oleh virus. Selesema biasanya diiringi oleh mata dan hidung berair.Sekolah Rendah
12

Kembali ke atas