Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dung] | هيدوڠ

Definisi : 1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~ siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki kelibat (imbasan) sese­orang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai sese­orang; lubang ~ bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang; ~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah; ~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~ sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiar­kan dirinya dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur) ~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang; berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah; menghidung 1. = kehidung-hidungan me­ng­ucapkan sesuatu dgn sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hidung
Kata Terbitan : menghidung,

Puisi
 

Sayang Santubong ke Teluk Tambak,
     Tempatlah budak berjalan kaki;
Hidung mancung bersenyum tidak,
     Di situ tempat gilaku mati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hidung sudah rampung diatur orang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai jelongak kerbau rampung).

 

Lihat selanjutnya...(19)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kemik1. lekuk (spt pd tin yg jatuh atau terpukul sesuatu), kepik, penyuk: bertaburan tong sampah yg ~ dan berkarat; 2. penyek, penyet (hidung); hidung ~ hidung penyek; terkemik menjadi kemik (kerana jatuh, terpukul sesuatu dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
mancung Imakin kecil ke hujung, lancip, runcing; hidung ~ hidung yg lancip; hidung tak ~ pipi tersorong-sorong prb suka ikut campur dlm urusan orang lain; kemancungan perihal mancung atau lancip (hidung).Kamus Dewan Edisi Keempat
kemik1 lekuk pd tin dll; kepik: Periuknya terjatuh lalu ~. 2 tidak mancung (bkn hidung); penyek: hidung ~ hidung yg penyek.Kamus Pelajar Edisi Kedua
batang hidungbahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung;Kamus Dewan Edisi Keempat
kemik1. lekuk pd tin dll; kepik:Periuknya terjatuh lalu ~. 2. tidak mancung (bkn hidung); penyek:hidung ~ hidung yg penyek.Kamus Pelajar
tindiklubang yg dibuat pd cuping telinga, pd hidung dsb: Ada ~ pd hidung­nya. bertindik berlubang pd cuping telinga, pd hidung dsb. menindik membuat lubang pd cuping telinga, pd hidung dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ronggalubang atau liang pd sesuatu: ~ hidung lubang hidung. berongga ada lubangnya; berlubang; berliang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
liang Ilubang yg kecil atau halus. ~ hidung lubang hidung. ~ kubur lubang yg digali tempat menanam orang mati. ~ lahad ruang tempat meletakkan mayat dlm kubur (dikeruk pd bahagian sisi sebelah kiblat liang kubur dan sama paras dgn dasar kubur). ~ roma lubang yg kecil-kecil pd kulit tempat peluh keluar. ~ stoma ist liang yg seni pd daun atau pd batang tumbuh-tumbuhan utk laluan udara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rongga Ilubang, ruang; ~ bulu Mn liang bulu roma; ~ dada ruang dada; ~ hidung lubang hidung; ~ kayu lubang yg terdapat dlm kayu; ~ mata lubang tempat mata; ~ mulut ruang mulut; berongga berlubang, beruang: batu-bata yg ~; gelang itu ~, tidak padat; merongga menjadi rongga; meronggai ark menjadikan berongga pd.Kamus Dewan Edisi Keempat
hidung kemikhidung yg penyek.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas