Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dung] | هيدوڠ

Definisi : 1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~ siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki kelibat (imbasan) sese­orang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai sese­orang; lubang ~ bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang; ~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah; ~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~ sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiar­kan dirinya dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur) ~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang; berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah; menghidung 1. = kehidung-hidungan me­ng­ucapkan sesuatu dgn sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hidung
Kata Terbitan : menghidung,

Puisi
 

Sayang Santubong ke Teluk Tambak,
     Tempatlah budak berjalan kaki;
Hidung mancung bersenyum tidak,
     Di situ tempat gilaku mati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hidung sudah rampung diatur orang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai jelongak kerbau rampung).

 

Lihat selanjutnya...(19)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Hisap rokok di atas batu, Keluar di hidung asap apinya; Jalak berkokok biring tak tahu, Tedung pula jaga dirinya.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Bagaimana lotong takkan berang, Lebah menderu babi meluru; Bagaimana hidung takkan kembang, Rumah baru bini pun baru.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana lotong takkan berang, Babi mengejek kera mencerca; Bagaimana hidung takkan kembang, Bini cantik mentua pun kaya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang Santubong ke Teluk Tambak, Tempatlah budak berjalan kaki; Hidung mancung bersenyum tidak, Di situ tempat gilaku mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cak pipit burung serindit, Mari mati di kaki bukit; Kucium hidung pipi tergigit, Kerana geram tak rasa sakit.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Dari Tanjung ke Pulau Manis, Dua tiga ke Pulau Payang; Hidung mancung mulutnya manis, Di situ tempat hatiku sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang hendak biarlah pendek, Untung pendek kain tak dalam; Orang pesek biarlah pesek, Hidung pesek penciuman tajam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang tua suka berkain, Bawakan kain sarung untuknya; Orang buta dibawa bermain, Salah main hidung dicucuknya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dari mana tajam puteri, Dari pokok ke tepi; Dari mana abangku cium tadi, Dari hidung sampai ke pipi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Alangkah masam si buah duku, Masak belum sudah dipetik; Alangkah geram rasa hatiku, Hendak mencium hidung pesek.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas