Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dung] | هيدوڠ

Definisi : 1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~ siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki kelibat (imbasan) sese­orang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai sese­orang; lubang ~ bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang; ~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah; ~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~ sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiar­kan dirinya dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur) ~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang; berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah; menghidung 1. = kehidung-hidungan me­ng­ucapkan sesuatu dgn sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hidung
Kata Terbitan : menghidung,

Puisi
 

Sayang Santubong ke Teluk Tambak,
     Tempatlah budak berjalan kaki;
Hidung mancung bersenyum tidak,
     Di situ tempat gilaku mati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hidung sudah rampung diatur orang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai jelongak kerbau rampung).

 

Lihat selanjutnya...(19)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Kantung lakrima atau kantung air mata. (UBAT) dacryocystectomy (dakriosistektomi) Eksisi dinding kantung lakrima. (UBAT) dacryocystitis (dakriosistitis) Inflamasi kantung lakrima. (UBAT) dacryocystorhinostomy (dakriosistorinostomi) Pembedahan untuk menghubungkan kantung lakrima ke dalam rongga hidung apabila berlaku halangan duktus nasolakrima. Pembedahan ini dikenali juga sebagai pembedahan Toti. (UBAT) dacryolith (dakriolit) Kewujudan kalkulus dalam kantung atau duktus lakrima. (UBAT) dactylitis (daktilitis) Inflamasi jari tangan atau kaki disebabkan oleh parasit Leishmania braziliensis yang berflage- lum. Lesi penyakit ini dicirikan dengan kecenderungan organisma untuk mere- bak ke fokus sekunder pada/atau dekat dengan tempat pertemuan mukokutis, terutamanya septum hidung. Lesi ini mungkin berbentuk ulser atau granuloma. Sinonim mucocutaneous leishmaniasis. (UBAT) essential amino acid (asid amino perlu) Asid amino yang diperlukan oleh organisma untuk pertumbuhan dan fungsi yang normal, tetapi

Kembali ke atas