Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dung] | هيدوڠ

Definisi : 1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~ siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki kelibat (imbasan) sese­orang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai sese­orang; lubang ~ bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang; ~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah; ~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~ sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiar­kan dirinya dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur) ~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang; berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah; menghidung 1. = kehidung-hidungan me­ng­ucapkan sesuatu dgn sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hidung
Kata Terbitan : menghidung,

Puisi
 

Sayang Santubong ke Teluk Tambak,
     Tempatlah budak berjalan kaki;
Hidung mancung bersenyum tidak,
     Di situ tempat gilaku mati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hidung sudah rampung diatur orang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai jelongak kerbau rampung).

 

Lihat selanjutnya...(19)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nasal regionkawasan hidungPerubatanTiadaKawasan yang berhampiran dengan hidung, termasuk juga hidung.
rhinoreactiontindak balas rinoPerubatanTiadaTindak balas tuberkulin hidung; terdapat eksudat di membran hidung selepas penyapuan tuberkulin hidung pada pesakit tuberkulosis.
rhinoscopyrinoskopiPerubatanTiadaPemeriksaan laluan hidung melalui lubang hidung atau nasofarinks.
ala nasiala nasiPerubatanTiadaSayap hidung, bahagian sisi hidung yang disokong oleh rawan
nasal cavityrongga hidungPerubatanTiadaRongga yang mengunjur dari lubang hidung luar ke bahagian farinks. Rongga ini terbahagi kepada bahagian kiri dan kanan septa hidung.
palatal planesatah palatalPerubatanTiadaSatah yang selari dengan lantai hidung dan menghubungkan spina hidung anterior dan posterior.
nose blowing testujian hembus hidungPerubatanTiadaUjian untuk mengesan fistula oro-antrum, iaitu pesakit diarahkan memicit hidung dan menghembuskan nafas melalui hidung.
septal cartilagerawan septumPerubatanTiadaRawan yang menjadi pemisah seperti rawan septum hidung yang membahagikan lubang hidung ke kiri dan kanan.
-rin-/rhino-rin-/rino-PerubatanTiadaSatu bentuk imbuhan asing yang menunjukkan perkaitan dengan hidung atau struktur seperti hidung.
nasolacrimal canalkanal nasolakrimaPerubatanTiadaKanal yang terbentuk oleh sulkus lakrima maksila tulang lakrima dan konka hidung inferior. Sinonim: Kanal hidung, kanal lakrima.
12345678910...

Kembali ke atas