Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hik.mat] | حکمت

Definisi : 1 kuasa luar biasa (ghaib) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu; sakti; ilmu sihir. 2 erti atau maksud yg dalam; tujuan sebenar; hikmah: Kejadian itu mungkin mempunyai ~ yg besar. berhikmat mempunyai hikmat; bertuah: Keris Tamingsari dipercayai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[hik.mat] | حکمت

Definisi : 1. kepandaian, bijaksana: banyak sung­guh kepandaian dan ~ orang putih ini; 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian: mereka mencari ~ pula utk menawan hati tunang­annya; ahli ~ = juru~ orang yg pandai ilmu ghaib; ~ perang kebijaksanaan (ilmu, man­tera, dll) utk berperang; 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu: tiap-tiap kewajiban yg ditetapkan oleh Allah dlm Islam itu mempunyai ~ bagi faedah ke­hidupan manusia; berhikmat mempunyai hikmat, bertuah: keris Hang Tuah yg bernama Tamingsari itu dipercayai ~; menghikmat, menghikmatkan menge­na­­­kan hikmat (mantera, sihir, dll) kpd: Pak Bongsu sudah menghikmatkan negeri kita ini, siapa pun masuk di sini tak selamat hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hikmat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Rujuk hikmah 1

2. Bersinonim dengan sakti: ajaib, tuah, sihir,

Kata Terbitan : berhikmat, menghikmat,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
juak Ibsejenis ikan air tawar yang mempunyai garis lintang pada badannya dan mempunyai tulang yang banyak. Ia memakan ikan-ikan kecil dan ia sendiri boleh dibuat lauk; adong.Dia rasa cincinnya itu sudah ditelan ikan juak. Dia berasa amat kesal memikirkan cincin hikmat hilang begitu sahaja.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas