Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.na] | هينا

Definisi : 1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): per­buat­an itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) per­lakuan biadab terhadap mahkamah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hina (adjektif)
Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;,
Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan,

Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Kaduk naik junjung.

Bermaksud :

Orang hina merasa dirinya mulia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
disdainvt memandang hina: to ~ flatterers, memandang hina orang yg suka memuji-muji; the proud man ~ed all offers of help, lelaki sombong itu memandang hina semua tawaran utk menolongnya; ~ to, berasa hina: she ~ed to mix with the other students, dia berasa hina bergaul dgn penuntut-penuntut lain.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abjectadj 1. wretched, hina: an ~ slave seorang abdi yg hina; 2. despicable, keji, hina: the most ~ of liars, pembohong yg paling keji; ~ behaviour, kelakuan yg keji; 3. self-abasing, menghina diri (sendiri), menjatuhkan /maruah, harga diri/ (sendiri): ~ obedience, kepatuhan yg menghina diri sendiri; to make an ~ apology, meminta maaf secara menghina diri sendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ignobleadj (despicable) keji, hina; (shameful, base, humiliating) memalukan: he tried to use the situation for his own ~ purpose, dia mencuba mempergunakan keadaan utk memenuhi tujuannya yg hina; an ~ deed, perbuatan yg hina; an ~ defeat, kekalahan yg memalukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disdainn sikap menghina; /have, feel/ ~ for, memandang /hina, rendah/ thdp: she felt ~ for those less educated than she was, dia memandang hina thdp orang-orang yg lebih rendah pelajarannya drpd dirinya sendiri; /look, tone, expression/ of ~, /pandangan, nada, air muka/ yg menghina; look at /so., st/ with ~, memandang /sso, sst/ dgn pandangan menghina; treat with ~, memandang /hina, rendah/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shoddy2. disreputable, reprehensible, hina: he used pretty ~ methods in acquiring his wealth, dia menggunakan cara-cara yg cukup hina dlm mengumpulkan hartanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
despicableadj 1. (of person) bersifat /hina, keji/: a ~ character, orang yg bersifat keji; 2. (of deed, behaviour, etc) keji, hina: a ~ act, perbuatan yg keji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contemptn rasa benci, kebencian: his ~ for foreigners was quite obvious, rasa bencinya thdp orang asing ketara sekali; ~ of court, (leg.) penghinaan mahkamah; beneath ~, sangat /hina, keji/; bring /so., st/ into ~, menyebabkan /sso, sst/ dipandang hina; deserve ~, patut /dikeji, dihina/; feel ~ for, benci akan, berasa benci thdp; hold in ~, memandang hina: I hold such conduct in ~, saya memandang hina kelakuan spt itu; show ~ for (danger, rules, etc) tdk /mengendahkan, menghiraukan/ (bahaya, peraturan, dll).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gallingadj a. (vexing, irritating) menyakitkan hati: a most ~ experience, pengalaman yg paling menyakitkan hati; b. (humiliating) berasa hina; (attrib) menyebabkan [sso] berasa hina.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
depravityn 1. depraved state, kehinaan: sunk in ~, tenggelam dlm kehinaan; 2. depraved act, perbuatan yg /hina, keji/: guilty of depravities, bersalah krn melakukan perbuatan yg hina.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
despicabilityn keji, hina.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas