Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.na] | هينا

Definisi : 1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): per­buat­an itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) per­lakuan biadab terhadap mahkamah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hina (adjektif)
Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;,
Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan,

Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Kaduk naik junjung.

Bermaksud :

Orang hina merasa dirinya mulia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Pantun

PantunSumberTema
Asap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kata tua kata berpadan, Berpadan kata dengan isinya; Hina bangsa tiada pedoman, Badan hina hilang budinya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kisah putri Sejinjang, Bertabur jadi tanah; Suka hina orang, Suka buat fitnah.Pantun Melayu SARAWAKBudi
Kata tua kata alim, Alim memakai Kitabullah; Hina bangsa beraja zalim, Zalim sampai ke dalam tanah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata penegas, Penegas adat dengan lembaga; Hina bangsa suka berkeras, Berkeras cepat membawa bala.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata penyejuk, Penyejuk hati penenang jiwa; Hina bangsa suka merajuk, Merajuk lari membuang nama.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata bertuah, Tuah melekat seisi alam; Hina bangsa kerana lemah, Lemah akibat tidak sefaham.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata bermanfaat, Banyak manfaat dapat dirasa; Hina bangsa tiada muafakat, Tidak muafakat umat binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata bermalu, Malu berbuat kerja menyalah; Hina bangsa kerana berseteru, Seteru membuang berpecah belah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234

Kembali ke atas