Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.na] | هينا

Definisi : 1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): per­buat­an itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) per­lakuan biadab terhadap mahkamah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hina (adjektif)
Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;,
Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan,

Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Kaduk naik junjung.

Bermaksud :

Orang hina merasa dirinya mulia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hina Nabi Muhammad: tabloid hiburan diharamkanTiadaSabah Times25.10.1990
Hikmah hina, fitnah, tohmahSudirman UsmanNew Sabah Times13.01.2008
Hikmah Hina, Fitnah TohmahSudirman UsmanNew Sabah Times13.01.2008
PPSMI hina bahasa Melayu? : tidak yakin dengan kemampuan bahasa itu...Hamdan TawadiUtusan Malaysia23.02.2009
Nani hina bangsa sendiriEllyna Ali dan Mohd Sabran Md SaniHarian Metro15.08.2006
"Tidak hina baca puisi" - Sani SudinTiadaBacaria26.08.1987
Buku hina IslamTiadaHarian Metro13.04.1992
'Jangan hina mutu filem Malaysia'Saodah IsmailBerita Harian07.07.1988
Novel hina Islam: Suruhanjaya Hak Asasi EC digesa ambil tindakanTiadaUtusan Malaysia15.02.1989
Orientalis hina Omar KhayyamChe Aziz Che NohBerita Minggu02.01.1994
1234

Kembali ke atas