Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.na] | هينا

Definisi : 1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): per­buat­an itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) per­lakuan biadab terhadap mahkamah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hina (adjektif)
Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;,
Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan,

Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Kaduk naik junjung.

Bermaksud :

Orang hina merasa dirinya mulia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kaduk naik junjung.Orang hina merasa dirinya mulia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cacing di pelimbah.Hina dan keji.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cacing menjadi ular naga.Orang hina menjadi orang mulia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pipit meminang anak enggang.Orang hina (miskin) meminang anak orang mulia (kaya); sesuatu yang aneh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan bongkok sebab menyuruk.Tiada hina atau cela mengerjakan sesuatu pekerjaan yang dipandang rendah, kerana menyelamatkan diri ataupun menyampaikan maksud yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing ditepuk menjungkit ekor.Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belalang hendak menjadi elang.Orang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). (Bandingkan dengan: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati enau tinggal di rimba.Orang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing tiada bercawat ekor.Sesuatu yang hina dan tiada berguna. (Bandingkan dengan: Anjing bercawat ekor).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas