Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.na] | هينا

Definisi : 1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): per­buat­an itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) per­lakuan biadab terhadap mahkamah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hina (adjektif)
Bersinonim dengan keji, tercela, tercemar, terkutuk, lata, buruk, kotor;,
Kata Terbitan : menghina, terhina, kehinaan, penghinaan,

Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Kaduk naik junjung.

Bermaksud :

Orang hina merasa dirinya mulia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Majalah

Dewan Budaya » 2012 » March
merah tertumpu pada watak Dah. Teknik pencahayaan membangkitkan makna marah dan berani, sifat yang akhirnya mencipta watak Dah sebagai makhluk berdosa. Aku Manusia Berdosa merupakan frasa rintihan seorang hamba yang hina kepada Tuhannya serta jiwa manusia yang menyesali dosa lalu sekali gus mengaku kejelekan diri. Teater ini mengajak khalayak bermuhasabah diri, membuka topeng wajah, dan mengenal pasti erti pengembaraan hidup. Dipentaskan

Kembali ke atas