Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.lu] | هولو

Definisi : 1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal, permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal jauh di pedalaman; ~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun; ~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara); berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula; menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik; menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami; huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut memper­soalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang mem­beri perhatian pd peringkat hiliran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,

Puisi
 

Petang-petang pergi ke hulu,
     Sampai ke hulu memetik buah;
Kalau tuan balik dahulu,
     Sudah petang hati tak puas.


Lihat selanjutnya...(139)

Pantun

PantunSumberTema
Anak ikan mudik ke hulu, Sampai ke hulu ditangkap ibu; Kalau mungkir janji dahulu, Hancurlah hati serta kalbu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Siti pergi ke hulu, Sampai di hulu mencuci kain; Cari ganti sabar dahulu, Ini belum mahu pada yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gagak di hulu gagak di hilir, Mari hinggap di hujung tanjung; Hendak di hulu hendak di hilir, Badan mana hendak menanggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dayak Hulu berjual sirih, Sirih dijual sebalung suang; Lagi dahulu tuan memilih, Sekarang ini duduk seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lain hulu lain pemarang, Buah bidara di atas bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lain hulu lain parang, Tanam selasih di atas bukit; Lain dulu lain sekarang, Jauh selisih bukan sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukannya parang hulu permata, Parang sakti tidak berulu; Bukan sekarang saya berkata, Sudah terjanji dari dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Embung Hulu Kuantan, Tempat buluh perindu; Minta racun saya nak makan, Saya tak tahan menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air Dungun hulu ke paya, Hanyut buluh menikam tebing; Muda Dungun habis bicara, Belum putus mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hanyut rakit dari hulu, Mati pelanduk ditanduk rusa; Alangkah sakit menanggung rindu, Orang tidak menimbang rasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345

Kembali ke atas