Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.lu] | هولو

Definisi : 1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal, permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal jauh di pedalaman; ~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun; ~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara); berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula; menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik; menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami; huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut memper­soalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang mem­beri perhatian pd peringkat hiliran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.lu] | هولو

Definisi : 1 kepala: gering ~ sakit kepala. 2 bahagian sungai sebelah atas tempat air sungai mula mengalir; udik: Air sungai yg deras mengalir dr ~. 3 kawasan atau daerah yg jauh dr pekan atau kota; pedalaman. 4 tempat memegang pd sesuatu alat (keris, parang, pisau dll); gagang; tangkai: ~ keris; ~ parang; ~ pisau. berhulu 1 bermula dr (bkn sungai); terbit di: Sungai ini ~ di Gunung Tahan. 2 memakai hulu; ada hulunya; bertangkai. berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd; berhulu akan: parang yg ~ besi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,

Puisi
 

Petang-petang pergi ke hulu,
     Sampai ke hulu memetik buah;
Kalau tuan balik dahulu,
     Sudah petang hati tak puas.


Lihat selanjutnya...(139)
Peribahasa

Hulu malang pangkal celaka.

Bermaksud :

Permulaan segala bencana.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas.
Kurik Kundi Merah SagaCik Siti pergi ke hulu, Sampai di hulu mencuci kain; Cari ganti sabar dahulu, Ini belum mahu pada yang lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan mudik ke hulu, Sampai ke hulu ditangkap ibu; Kalau mungkir janji dahulu, Hancurlah hati serta kalbu.
Kurik Kundi Merah SagaMerak hulu merak hilir, Merak seekor hujung tanjung; Hendak ke hulu hendak ke hilir, Badan seorang tak tertanggung.
Kurik Kundi Merah SagaGagak di hulu gagak di hilir, Mari hinggap di hujung tanjung; Hendak di hulu hendak di hilir, Badan mana hendak menanggung.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Daik belayar ke hulu, Singgah di darat Kuala Seberang; Apalah baik orang di hulu, Apalah jahat saya sekarang.
Kurik Kundi Merah SagaDari hulu turun ke pekan, Sampannya rosak di tengah hari; Kalau selalu ingatkan Tuhan, Apa dipinta pasti diberi.
Kurik Kundi Merah SagaOrang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas.
12345678910...

Kembali ke atas