Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.lu] | هولو

Definisi : 1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal, permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal jauh di pedalaman; ~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun; ~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara); berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula; menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik; menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami; huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut memper­soalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang mem­beri perhatian pd peringkat hiliran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,

Puisi
 

Petang-petang pergi ke hulu,
     Sampai ke hulu memetik buah;
Kalau tuan balik dahulu,
     Sudah petang hati tak puas.


Lihat selanjutnya...(139)

Majalah

Dewan Budaya » Langganan
Langganan 0 Comments Home » Langganan admin on July 1st, 2018 Sila hubungi: URUSAN LANGGANAN BAHAGIAN PENGEDARAN DAN PEMASARAN Kompleks Dewan Bahasa dan Pustaka, Lot 1037, Jalan AU3/1, 54200 Ampang/Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon : 03-4101 2405 No. Faks : 03-4101 2019 E-mel: pp@dbp.gov.my atau Muat turun borang langganan di sini: Borang Langganan Hantar
Dewan Masyarakat | Langganan
Jasin Bercerita • Isu Utama • Nota Editor • Perspektif • Ulasan Buku Langganan Sila hubungi: Unit Langganan Bahagian Pemasaran dan Jualan DAWAMA SDN. BHD., Kompleks Dawama, Lot 1037, Jalan AU3/1, 54200 Ampang/Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-4107 4233 (samb. 111) Faks : 03-4105 1980 atau hubungi secara terus di FB Dawama Sdn. Bhd: http://www.facebook,com/dawama.sdn.bhd
Dewan Masyarakat | 2010 | Disember
emosi yang dialami doktor pelatih. Share Rencana Berkaitan Rumah Anak Yatim Persendirian: Tolong Kami Bantu Kami… Video Berkaitan Satu Daerah Satu Pusat Perlindungan, Sambutan Program JKM, Rumah Anak Yatin di Hulu Langat, Penyelamatan Kanak-kanak, Pengemis Masih Ramai, Penerimaan Komuniti Terhadap Program JKM, Pencapaian Kanak-kanak bawah Institusi JKM, Penambahbaikan JKM, Institusi Kebajikan Tanpa Diskriminasi, Bantuan JKM Share Hubungan Konservatif-Demokrat
Dewan Masyarakat | Ulasan Buku
seseorang, tetapi berdasarkan kepentingan ummah. Share Rencana Berkaitan Rumah Anak Yatim Persendirian: Tolong Kami Bantu Kami… Video Berkaitan Satu Daerah Satu Pusat Perlindungan, Sambutan Program JKM, Rumah Anak Yatin di Hulu Langat, Penyelamatan Kanak-kanak, Pengemis Masih Ramai, Penerimaan Komuniti Terhadap Program JKM, Pencapaian Kanak-kanak bawah Institusi JKM, Penambahbaikan JKM, Institusi Kebajikan Tanpa Diskriminasi, Bantuan JKM Share UPNM Eksklusif tetapi
Dewan Masyarakat | 2010 | November
Share Rencana Berkaitan Rumah Anak Yatim Persendirian: Tolong Kami Bantu Kami… Video Berkaitan Satu Keluarga Satu Anak Angkat, Satu Daerah Satu Pusat Perlindungan, Sambutan Program JKM,Rumah Anak Yatin di Hulu Langat, Pengemis Masih Ramai, Penerimaan Komuniti Terhadap Program JKM, Pencapaian Kanak-kanak bawah Institusi JKM, Penambahbaikan JKM, Institusi Kebajikan Tanpa Diskriminasi, Bantuan JKM Share UPNM Eksklusif tetapi Inklusif Sejarah UPNM
Dewan Budaya » 2012 » December
dengan tiang yang biasanya daripada kayu yang tidak begitu lurus, di daerah separuh kontang ini dan tidak berhutan. Parit di depan rumah dan kedai-kedainya mengalir apabila hujan turun di hulu. Setelah hujan semalam, air bergumam dengan tebing, dan oleh itu sedikit bising. Apa lagi yang ada pada Capadoccia, selain hasil kerja tangan dan barangan pelancong? Saya temukan satu lagi – juga
Dewan Budaya » 2013 » April
terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.Hal ini menunjukkan arkeologi penting dalam pembuktian sejarah masa silam. Mengikut kajian arkeologi, Lembah Lenggong, Hulu Perak merupakan petempatan manusia terawal di Malaysia, iaitu lebih kurang 1.83 juta tahun dahulu. Kajian geologi di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak menunjukkan kawasan ini pernah ditimpa bencana meteorit pada
Dewan Budaya » 2017 » January
pada suatu ketika dahulu. Sebagai pemimpin, ahli politik itu menunjukkan teladan yang baik dengan menggunakan bahasa kebangsaan ketika menyampaikan ucapannya. Dari segi yang lain, pujian harus diberikan kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan beberapa buah badan tempatan yang lain kerana menganjurkan Pesta Kesenian Antarabangsa Kuala Kubu Bharu. Pesta (perkataan pesta digunakan sebagai padanan festival dalam bahasa Inggeris walaupun perkataan festival dan antarabangsa untuk menikmati keindahan kehijauan yang mengelilingi pekan itu, malah menjanakan pendapatan tambahan kepada penduduk. Yang menarik perhatian juga ialah bahawa MDHS mempunyai rancangan untuk menganjurkan program Tahun Melawat Hulu Selangor pada tahun ini sebagai ekoran kejayaan penganjuran dua acara antarabangsa pada tahun lepas. Memang ada banyak tempat menarik di daerah itu, seperti Sungai Chiling, selain Kuala Kubu Bharu, pekan
Dewan Masyarakat | Transformasi Perkhidmatan Awam
Shobana Nair dalam Rencana Utama Imej Wanita Islam dalam Sosial Mengapa Mereka kahwin Lewat? dalam Laporan Khas Soal Hak dan Kepentingan Masyarakat dalam Dari Meja Editor Rumah Anak Yatin di Hulu Langat dalam Video Perginya Pemikir Terbilang dalam Dari Meja Editor Recent Posts • Komen admin daripada Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan Taraf Akademik Editor ketika artikel ini ditu • Komen syafriyana daripada Bahasa
Dewan Masyarakat | Pemansuhan PPSMI Apa Lagi yang Mahu Dipertikaikan?
Bahasa “Saya Tidak Takut” dalam Fail Jenayah “Pemerkasaan” dan “Pemartabatan” Bahasa Melayu dalam Kaca di Jendela “Para Belia Perlu Berfikiran Global” – Shobana Nair dalam Rencana Utama Rumah Anak Yatin di Hulu Langat dalam Video Potensi Yuan Sebagai Mata Wang Global dalam Sosial Mencari “Hero” Hadiah Nobel dalam Pendidikan Penyelamatan Kanak-kanak dalam Video Fakta Penting Krisis Air Lembah Kelang dalam Retrospektif
Dewan Budaya » 2012 » April
dari Pulau Pinang dan masuk ke delta Sungai Hoogli, di daerah Sunderban, dan dari sana melalui beberapa buah kampung penduduk asal dan penduduk pendatang. Menurut beliau, Kolkata terletak ke arah hulu sungai dan harus dilalui dengan perahu. Pada ketika itu, kota ini juga menjadi ibu Negeri Selat. Perdagangan antara wilayah Timur dengan Barat juga banyak terpegun melihat bangunan kolonial seperti Government
Dewan Masyarakat | Khas
Belia Perlu Berfikiran Global” – Shobana Nair dalam Rencana Utama Menggalas Amanah Ilmu dalam Sosial PhD dan Agenda Kritikal Negara dalam Sosial Kuasa Rakyat dalam Nota Editor Rumah Anak Yatin di Hulu Langat dalam Video Pendapatan Rendah Punca Pasangan Melayu Bercerai dalam Sosial Recent Posts • Komen admin daripada Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan Taraf Akademik Editor ketika artikel ini ditu • Komen syafriyana daripada

Kembali ke atas