Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ru.ha.ra] | هورو-هارا

Definisi : 1. dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yg aman akan ~ akibat hasutan drpd anasir-anasir komunis; 2. dlm keadaan kelam-kabut (tidak keruan dsb): dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dgn tidak tentu tujuan: janganlah ~ ke sana ke mari dgn kawan-kawan pd waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 1990-an; menghuru-harakan 1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan: gerila-gerila komu­nis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keada­an) kelam kabut: kekecohan itu telah ~ mereka; kehuru-haraan keadaan yg huru-hara, ke­kacau-bilauan: ~ di negara itu telah men­jejaskan kedudukan ekonominya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
huru-hara (adjektif)
Bersinonim dengan kacau-bilau, haru-biru, gempar, gara-gara, igau, cabuh, cabur;,
Kata Terbitan : menghuru-harakan, kehuru-haraan,

Peribahasa

Membebek kambing lari ke hutan,
     menyalak anjing lari ke kota.

Bermaksud :

Dalam waktu huru-hara orang yang penakut berteriak lagi, tetapi orang yang berani bertempik maju.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
heboh/héboh/ bising; gempar; riuh (bunyi suara dll); huru-hara; kacau (keadaan dll). menghebohkan 1 menimbulkan keadaan gempar, riuh dll; membuat bising; membuat riuh, huru-hara dll: Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. 2 menyebabkan (membuat) orang ramai tahu akan sesuatu perkara dan memperkatakannya: Dia dilarang ~ berita angin itu. kehebohan keadaan heboh atau huru-hara; kegemparan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
haru-biruharu-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yg dahulunya sangat tenang telah menjadi ~; mengharu-birukan 1. menimbulkan keru­suh­­an (kekacauan dll), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah ~ suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dsb): yg sangat ~ fikir­annya ialah perceraian dgn anaknya; masalah itu ~ fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: ~ yg ber­laku dlm mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
heboh/héboh/ bising; gempar; riuh (bunyi suara dll); huru-hara; kacau (keadaan dll). menghebohkan 1. menimbulkan keadaan gempar, riuh dll; membuat bising; membuat riuh, huru-hara dll: Kehilangan adik saya ~ saudara-mara serumah. 2. menyebabkan (membuat) orang ramai tahu akan sesuatu perkara dan memperkatakannya: Dia dilarang ~ berita angin itu. kehebohan keadaan heboh atau huru-hara; kegemparan.Kamus Pelajar
menghuru-harakan1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan: gerila-gerila komu­nis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keada­an) kelam kabut: kekecohan itu telah ~ mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
geger(gégér) 1. gempar, hingar bingar, huru-hara; 2. Kl, Tr bising; jangan ~ jangan bising; bergeger bergentar, bergegar, bergema;menggeger menjadi geger (gempar, huru-hara, dll);menggegerkan menggemparkan, menyebabkan kacau-bilau: penembakan di panggung wayang ~ orang-orang di sekitarnya;gegeran bunyi bising (riuh rendah), bunyi hingar bingar: tak lama lagi ~ mesin bancuh simen yg membingitkan telinga akan lenyap pula;kegegeran perihal geger, kehebohan, kegemparan.Kamus Dewan Edisi Keempat
huru; huru-hara 1 keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau: Jika rakyat bersatu padu, ~ tidak mungkin berlaku. 2 tidak aman; kacau-bilau: Negeri yg dahulunya aman sentosa itu telah menjadi ~. menghuru-harakan menjadikan (menyebabkan) huru-hara; mengacau-bilaukan: Percubaan mereka utk ~ negara telah gagal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaluttidak tenteram (keadaan dlm negeri dll); tidak aman; kacau; huru-hara: Rumah tangganya ~. ~-malut, = ~-marut kacau-bilau; kelam-kabut; huru-hara. berkalut bercakap yg bukan-bukan; meracau (spt keadaan orang sakit tenat dll): Kerana sakit, maka ia ~. mengalutkan menjadikan kalut; menyebabkan kacau: Tindakan spt itu hanya akan ~ rakyat saja. kekalutan keadaan atau hal kalut; kekacauan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
huru-hara1. dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yg aman akan ~ akibat hasutan drpd anasir-anasir komunis; 2. dlm keadaan kelam-kabut (tidak keruan dsb): dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dgn tidak tentu tujuan: janganlah ~ ke sana ke mari dgn kawan-kawan pd waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 1990-an; menghuru-harakan 1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan: gerila-gerila komu­nis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keada­an) kelam kabut: kekecohan itu telah ~ mereka; kehuru-haraan keadaan yg huru-hara, ke­kacau-bilauan: ~ di negara itu telah men­jejaskan kedudukan ekonominya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaluttidak tenteram (keadaan dlm negeri dll); tidak aman; kacau; huru-hara: Rumah tangganya ~. ~-malut, = ~-marut kacau-bilau; kelam-kabut; huru-hara. berkalut bercakap yg bukan-bukan; meracau (spt keadaan orang sakit tenat dll):Kerana sakit, maka ia ~. mengalutkan menjadikan kalut; menyebabkan kacau:Tindakan spt itu hanya akan ~ rakyat saja. kekalutan keadaan atau hal kalut; kekacauan.Kamus Pelajar
hiruk; ~-pikuk = ~-piruk keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk; menghiruk membuat huru-hara (gempar, ribut, bising, dll): kampung itu bising sekali, dihiruk dgn pelbagai bunyi yg tidak dapat ditentukan; menghirukkan menjadikan gempar (bising dll), menggemparkan; penghiruk orang yg suka membuat gempar (gaduh dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas