Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ru.ha.ra] | هورو-هارا

Definisi : 1. dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yg aman akan ~ akibat hasutan drpd anasir-anasir komunis; 2. dlm keadaan kelam-kabut (tidak keruan dsb): dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dgn tidak tentu tujuan: janganlah ~ ke sana ke mari dgn kawan-kawan pd waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 1990-an; menghuru-harakan 1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan: gerila-gerila komu­nis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keada­an) kelam kabut: kekecohan itu telah ~ mereka; kehuru-haraan keadaan yg huru-hara, ke­kacau-bilauan: ~ di negara itu telah men­jejaskan kedudukan ekonominya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
huru-hara (adjektif)
Bersinonim dengan kacau-bilau, haru-biru, gempar, gara-gara, igau, cabuh, cabur;,
Kata Terbitan : menghuru-harakan, kehuru-haraan,

Peribahasa

Membebek kambing lari ke hutan,
     menyalak anjing lari ke kota.

Bermaksud :

Dalam waktu huru-hara orang yang penakut berteriak lagi, tetapi orang yang berani bertempik maju.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Majalah

Dewan Budaya » 2013 » June
cabaran kepada media konvensional dan arus perdana dalam menangani kebangkitan suara anak muda melalui laman media sosial ini.Namun, tindakan berbaur emosi yang melampaui rasional jika tidak dikawal mampu mencetuskan huru-hara dan memusnahkan keamanan yang kita nikmati dalam sekelip mata. Anak muda sinonim dengan sikap suka mencuba sehingga lahir “budaya eksperimen” atau “budaya cuba-cuba” yang merupakan satu lagi kreativiti anak

Kembali ke atas