Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öi.ma.rah] | عماره

Definisi : ; mengimarahkan menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dgn pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan: usaha ~ masjid perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak, termasuklah generasi muda; mereka tidak harus dipencilkan dlm usaha ~ masjid dan syiar Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imarah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud imarahmenggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan.Tatabahasa24.11.2007
Assalamualaikum. Saya menemui perkataan 'imarah" di dalam Kamus Dewan, tetapi tidak menemui perkataan "pengimarahan". Adakah "pengimarahan" tidak boleh digunakan? Terima kasih.

Terdapat tiga proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengimbuhan, pemajmukan dan juga proses penggandaan. Proses ini bertujuan untuk memperbanyak bilangan perkataan.

Proses pengimbuhan ialah proses pembentukan perkataan dengan meletakkan imbuhan pada kata dasar, sama ada di hadapan kata dasar, di belakang, di celah atau dengan cara mengapitkan kata dasar untuk menghasilkan perkataan baharu. Perkataan yang baharu intu dikenali sebagai kata terbitan.  Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu yang berfungsi untuk membentuk perkataan baharu, iaitu; i) awalan, ii) akhiran, iii) apitan dan iv) sisipan.

Perkataan dalam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses pemajmukan. Pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang berlainan makna untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai satu makna sahaja, Kata majmuk, lazimnya, dieja terpisah tetapi terdapat juga beberapa kata majmuk yang dieja bercantum.    

Selain proses pengimbuhan dam proses pemajmukan, perkataan alam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses penggandaan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar untuk membentuk perkataan baharu. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu: i) Penggandaan penuh, ii) Penggandaan separa dan, iii) Penggandaan berentak

Untuk makluman tuan/puan, kata dasar "imarah"  bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. Perkataan ini boleh dibentuk menjadi perkataan yang lain melalui proses pengimbuhan, seperti mengimarahkan, pengimarahan dan diimarahkan.

Tatabahasa26.12.2018
Adakah perkataan mengimarahkan relevan dengan ayat seperti yang berikut: "Memperkasa dan memupuk kecintaan khazanah warisan 1Malaysia melalui pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan mengimarahkan warisan negara sehingga terserlah di persada dunia." Persoalan ini saya ajukan kerana di dalam ruangan carian, takrif yang ada hanya merujuk kepada amalan di masjid atau surau sahaja. Mohon penjelasan lebih lanjut.Mengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, dan kebiasanya berbentuk keagamaan. Sehingga kini belum ada lagi peluasan makna untuk perkataan imarah/mengimarahkan yang merujuk kegiatan bukan berbentuk keagamaan. Oleh itu, perkataan mengimarahkan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.12.2009

Kembali ke atas