Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 

Hanyut bersepah tempurung,
     Basahlah tangan tersiram santan;
Ingat-ingat ayam berkurung,
     Helang bermain di tengah halaman.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Ayam beroga itu,
     kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya.

Bermaksud :

Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri. ayam beroga = ayam hutan.

 

Lihat selanjutnya...(2)

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
empang-empang alang[«m.pAN «m.pAN A.lAN] ingat-ingat lupa.Atok kau tu dah mule empang-empang alang, jangan ambek ati.[A.to/ kAw tu dAh mu.l« «m.pAN «m.pAN A.lAN dZA.NAn Am.be/ A.ti]Datuk sudah mula ingat-ingat lupa, jangan ambil hati.
belebu[b«.l«.bu]kata adjektifberkenaan mata yang mempunyai pandangan yang tidak terang seolah-olah seperti melihat di dalam kabus.Ingat sape datang tadi, nampak macam anak aku. Rupenya engkau, tu le, mate dah belebu.[i.NAt sA.p« dA.tAN tA.di nAm.pA/ mA.tSAm A.nA/ A.ku Äu.p«.ø« «N.kAw tu l«. mA.t« dAh b«.l«.bu.]Ingatkan siapa datang tadi, nampak macam anak aku. Rupanya engkau, itulah, mata sudah belebu.

Kembali ke atas