Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ngat] | ايڠت

Definisi : 1. masih ada dlm fikiran, tidak lupa: ia masih ~ lagi namaku; ~-ingat lupa antara ingat dgn tidak ingat (tidak berapa ingat); memberi ~ memberitahu (supaya ingat); 2. timbul lagi dlm fikiran, tahu, sedar: sesampai di pejabat baru saya ~ bahawa saya belum makan pagi; 3. (dlm keadaan) sedar, siuman: setelah beberapa lama pengsan maka ~lah ia akan dirinya; ~ akan keadaan diri sedar akan hal diri; tidak ~ a) terlupa; b) tidak sedarkan diri, pengsan; 4. = ingat-ingat hati­-hati, berjaga-jaga, bersedia-sedia: kata orang tua-tua, ~ sebelum kena; 5. bp bercadang, berhajat, berniat: dia ~ nak bertolak semalam tetapi tak sempat; 6. bp fikir, rasa: saya ~ perkara ini mesti diselesaikan dgn segera; ~ ranting yg akan melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg akan mengait prb ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan; ~ sebelum kena, jimat sebelum habis prb hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta; ~ yg di atas, yg di bawah akan menimpa prb, Mn orang yg berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajibannya (jangan sampai orang yg di bawahnya disusahkan atau menentangnya); seingat, seingat-ingat sepanjang ingatan (seseorang): selama bekerja dgn Datuk dan berpuankan Datin, ~ saya, dia tidak pernah membantah; berseingat ark berhati-hati; ~ diri berhati-hati supaya diri selamat; beringat, beringat-ingat berjaga-jaga, berhati-hati, cermat: dia sangat ~ pd masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa; mengingat 1. ingat (akan): dia cuba ~ kembali perkara-perkara yg telah dipercakapkan; 2. peduli (akan), mengenang: beliau meminta supaya tiap-tiap anggota polis itu sentiasa ~ tugas mereka; mengingati mengingat akan: dia sentiasa ~ pesan ibunya; kata-kata cikgu tadi diingatinya kembali; mengingatkan 1. mengingat akan: keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang ~ sesuatu; 2. memberi ingat, memberi nasihat, dll supaya sedar akan tanggungjawab (kewajiban, tugas, dll): ibunya pernah ~ bahawa tidak ada sebaik-baik tempat utk mengadu selain drpd Tuhan; 3. menimbulkan ingatan (menyebabkan terkenang): sepasang kasut hitam yg telah tembus tapaknya ~ dia kpd pak ciknya di kampung; memperingati 1. mengenangkan sesuatu peristiwa dsb dgn perayaan (kenduri dll): perayaan itu diadakan kerana ~ hari tertubuhnya Malaysia; 2. mencatat, membuat peringatan (dlm buku dll); memperingatkan memberi ingat, memberi nasihat dll supaya sedar akan tanggungjawab dll: saya telah banyak kali ~ mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah; teringat ingat dgn tiba-tiba, terkenang, timbul dlm fikiran: dia ~ satu kisah yg hampir-hampir sama dgn pengalamannya sekarang; teringat-ingat terkenang-kenang, sentiasa ingat, tergambar dlm ingatan: walaupun telah lama berpisah tetapi saya masih ~ mukanya yg sentiasa tersenyum itu; teringatkan teringat akan; ingatan 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; ingat-ingatan 1. kenang-kenangan: pd masa hidup kita hendaklah membuat jasa utk menjadi ~ dan sebut-sebutan orang di belakang hari; 2. tidak berapa ingat, ingat lupa; peringatan 1. nasihat (teguran dll) utk diingati: saya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya; 2. catatan, keterangan: semua perkara besar yg berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dlm sebuah buku ~; 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan: ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan; tugu ~; 4. ingatan: ~ manusia hanya singkat sahaja; pengingatan perihal mengingati (mengingatkan); pengingat orang yg tidak mudah lupa sesuatu(yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): dia itu ~ benar orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 

Hanyut bersepah tempurung,
     Basahlah tangan tersiram santan;
Ingat-ingat ayam berkurung,
     Helang bermain di tengah halaman.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
remembervt 1. recall, ingat: do you think he’ll ~ his promise?, kamu fikir dia akan ingat janjinya?; she ~ed what happened on that day, dia ingat apa yg berlaku pd hari itu; I can’t ~ whether it was Tuesday or Wednesday, saya tak ingat sama ada hari itu Selasa atau Rabu; 2. keep in the mind, mengingati: I shall always ~ him with affection, saya akan selalu mengingatinya dgn penuh kasih sayang; Christmas is a time for ~ing one’s friends, Hari Krismas ialah masa utk mengingati kawan-kawan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
figurevt (US), (colloq) think, consider, ingat, fikir: I ~d him to be a cheat, saya ingat dia penipu; he ~d I wouldn’t understand it, dia ingat saya tdk faham;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
think7. have as a half-formed intention, ingat, fikir: I thought I’d go for a holiday, saya ingat hendak pergi bercuti; we thought we could leave early, kami ingat kami boleh pergi awal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
think8. remember, ingat: I didn’t ~ to leave the porch light on, saya tdk ingat hendak pasang lampu luar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mindhave a good ~, ingat: I’ve a good ~ to tell your boss what you are up to, saya ingat hendak memberitahu bos kamu apa yg kamu cuba lakukan; have half a ~, rasa: I’ve half a ~ to cancel the trip, saya rasa hendak membatalkan lawaKamus Inggeris-Melayu Dewan
bethinkvt; ~ os, (archaich) ingat akan: you should ~ yourself of your responsibility, kamu seharusnya ingat akan tanggungjawabmu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
think2. believe, fikir, ingat: I ~ she is telling the truth, saya fikir dia bercakap benar; do you ~ she’ll come?, kamu ingat dia akan datang?; 3. consider, memikir, menganggap: he ~s himself a great politician,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
remembervi 1. recall, ingat, mengingat: “Where did you put it?” “I can’t ~”, “Di mana kamu letakkannya?” “Saya tak ingat”; as far as I ~, sepanjang ingatan saya, seingat saya; 2. keep in the memory, mengingat: he finds it difficult to ~ nowadays, dia mendapati sukar hendak mengingat sekarang ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
precautionnlangkah beringat(-ingat); (against fire, infection, etc) langkah mencegah: it would be a wise ~ to boil all drinking water, mendidihkan air minuman ialah langkah beringat-ingat yg bijak; ~ against pregnancy, langkah mencegah kehamilan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
owe(think) the world ~s so. a living, ingat sso boleh senang tanpa berusaha: you seem to think that the world ~s you a living, nampaknya kamu ingat kamu boleh senang tanpa berusaha adalah tanggungjawab semua orang utk menjaga kamu; ~ so. one, (colloq) nanti giliran kamu pula; 3. be obligated to, terhutang budi: we ~ a great deal to our teachers, kita sangat-sangat terhutang budi kpd guru kita;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas