Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ngat] | ايڠت

Definisi : 1. masih ada dlm fikiran, tidak lupa: ia masih ~ lagi namaku; ~-ingat lupa antara ingat dgn tidak ingat (tidak berapa ingat); memberi ~ memberitahu (supaya ingat); 2. timbul lagi dlm fikiran, tahu, sedar: sesampai di pejabat baru saya ~ bahawa saya belum makan pagi; 3. (dlm keadaan) sedar, siuman: setelah beberapa lama pengsan maka ~lah ia akan dirinya; ~ akan keadaan diri sedar akan hal diri; tidak ~ a) terlupa; b) tidak sedarkan diri, pengsan; 4. = ingat-ingat hati­-hati, berjaga-jaga, bersedia-sedia: kata orang tua-tua, ~ sebelum kena; 5. bp bercadang, berhajat, berniat: dia ~ nak bertolak semalam tetapi tak sempat; 6. bp fikir, rasa: saya ~ perkara ini mesti diselesaikan dgn segera; ~ ranting yg akan melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg akan mengait prb ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan; ~ sebelum kena, jimat sebelum habis prb hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta; ~ yg di atas, yg di bawah akan menimpa prb, Mn orang yg berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajibannya (jangan sampai orang yg di bawahnya disusahkan atau menentangnya); seingat, seingat-ingat sepanjang ingatan (seseorang): selama bekerja dgn Datuk dan berpuankan Datin, ~ saya, dia tidak pernah membantah; berseingat ark berhati-hati; ~ diri berhati-hati supaya diri selamat; beringat, beringat-ingat berjaga-jaga, berhati-hati, cermat: dia sangat ~ pd masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa; mengingat 1. ingat (akan): dia cuba ~ kembali perkara-perkara yg telah dipercakapkan; 2. peduli (akan), mengenang: beliau meminta supaya tiap-tiap anggota polis itu sentiasa ~ tugas mereka; mengingati mengingat akan: dia sentiasa ~ pesan ibunya; kata-kata cikgu tadi diingatinya kembali; mengingatkan 1. mengingat akan: keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang ~ sesuatu; 2. memberi ingat, memberi nasihat, dll supaya sedar akan tanggungjawab (kewajiban, tugas, dll): ibunya pernah ~ bahawa tidak ada sebaik-baik tempat utk mengadu selain drpd Tuhan; 3. menimbulkan ingatan (menyebabkan terkenang): sepasang kasut hitam yg telah tembus tapaknya ~ dia kpd pak ciknya di kampung; memperingati 1. mengenangkan sesuatu peristiwa dsb dgn perayaan (kenduri dll): perayaan itu diadakan kerana ~ hari tertubuhnya Malaysia; 2. mencatat, membuat peringatan (dlm buku dll); memperingatkan memberi ingat, memberi nasihat dll supaya sedar akan tanggungjawab dll: saya telah banyak kali ~ mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah; teringat ingat dgn tiba-tiba, terkenang, timbul dlm fikiran: dia ~ satu kisah yg hampir-hampir sama dgn pengalamannya sekarang; teringat-ingat terkenang-kenang, sentiasa ingat, tergambar dlm ingatan: walaupun telah lama berpisah tetapi saya masih ~ mukanya yg sentiasa tersenyum itu; teringatkan teringat akan; ingatan 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; ingat-ingatan 1. kenang-kenangan: pd masa hidup kita hendaklah membuat jasa utk menjadi ~ dan sebut-sebutan orang di belakang hari; 2. tidak berapa ingat, ingat lupa; peringatan 1. nasihat (teguran dll) utk diingati: saya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya; 2. catatan, keterangan: semua perkara besar yg berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dlm sebuah buku ~; 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan: ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan; tugu ~; 4. ingatan: ~ manusia hanya singkat sahaja; pengingatan perihal mengingati (mengingatkan); pengingat orang yg tidak mudah lupa sesuatu(yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): dia itu ~ benar orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,

Puisi
 

Hanyut bersepah tempurung,
     Basahlah tangan tersiram santan;
Ingat-ingat ayam berkurung,
     Helang bermain di tengah halaman.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Anak harimau jangan diajak bertampar,
     ingat-ingat kukunya.

Bermaksud :

Jangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat senjatanya.

 

Lihat selanjutnya...(23)

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Pantun

PantunSumberTema
Ingat-ingat merendam kain, Kain itu ada kapasnya, Ingat-ingat dalam bermain, Bermain itu ada batasnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ingat-ingat memancang tiang, Salah cacak rosaklah kayu; Ingat-ingat abang meminang, Salah cakap mendapat malu. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ingat-ingat menebang kayu, Patah kayu menimpa kepala; Ingat-ingat abang merayu, Salah rayu membawa bala. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ingat-ingat mencari kerang, Mencari kerang ada tempatnya; Ingat-ingat di negeri orang, Negeri orang ada adatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ingat-ingat memasang taji, Bila longgar jatuh ke tanah; Ingat-ingat abang berjanji, Bila dilanggar dimakan sumpah. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ingat-ingat memasang jerat, Salah jerat badan yang kena; Ingat-ingat abang memikat, Salah pikat tangan kan hampa. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau sudah biasa berenang, Ingat-ingat pada basahnya; Kalau sudah biasa senang, Ingat-ingat pada susahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau berjaja berdagang garam, Ingat-ingat ditimpa hujan; Kalau bekerja siang dan malam, Ingat-ingat memlihara badan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau menebang kayu nan tinggi, Ingat-ingat rantingnya patah; Kalau terbang tinggi-tinggi, Ingat-ingat bumi di bawah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ingat-ingat berjalan senja, Salah langkah jatuh ke sungai; Ingat-ingatlah pesan hamba, Bila terlupa kita bercerai. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas