Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.spi.ra.si] | اينسڤيراسي

Definisi : ilham, bisikan hati: dr mana ia mendapat ~ menulis rencana ini?; sesuatu hasil sastera tidak lagi dianggap sbg suatu hasil ~ atau ilham belaka; berinspirasi mempunyai inspirasi: kita memohon bantuan drpd orang yg celik akal yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.spi.ra.si] | اينسڤيراسي

Definisi : sesuatu yg menggerakkan hati utk mencipta sesuatu (hasil seni dll); ilham. berinspirasi mempunyai inspirasi. menginspirasi menimbulkan inspirasi. menginspirasikan menjadikan sbg inspirasi: Projek itu diinspirasikan oleh Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inspirasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :ilham


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan Model Inspirasi?Inspirasi bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dan lain-lain); atau disebut juga ilham. Oleh itu, Model Inspirasi bermaksud model yang menjadi ilham dalam penghasilan sesuatu karya.Makna27.10.2010
Saya dapati perkataan "inspirasi" terakam dalam KD4 dengan terbitan "berinspirasi", "menginspirasi" dan "menginspirasikan". Adakah bentuk terbitan "terinspirasi" juga boleh digunakan (dengan makna "berilhamkan")?1. Perkataan terinspirasi masih belum wujud dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud inspirasi ialah sesuatu yg menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dan lain-lain) dan merupakan sinonim dengan perkataan ilham. Maksud berilhamkan pula ialah mempunyai sesuatu sebagai ilham manakala berinspirasi pula bermaksud mempunyai inspirasi. Maka maksud berilhamkan tidak boleh digunakan dengan terinspirasi. Perkataan yang sinonim dengan berilhamkan ialah berinspirasi.Istilah29.04.2019
ASSALAMMUALAIKUM. SAYA NAK MEMASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TEMA INI SAMAADA BETUL ATAU TIDAK ATAU YANG LEBIH SESUAI PENGGUNAANNYA SEPERTI SENARAI DIBAWAH. "INOVASI MENJANA TRANSFORMASI, MEMBUDAYAKAN KREATIVITI MENAKHLUKI EKSPEKTASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENTRANSFORMASI GLOBALISASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENJANA TRANSFORMASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI, PEMANGKIN KUALITI, MELENGKAPI EKSPEKTASI"Tema atau cogan kata lazimnya ringkas dan mudah diingat. Berdasarkan senarai yang ada, kami cadangkan "Inovasi Menjana Transformasi" atau "Inovasi Pencetus Inspiras" atau tema lain yang ringaks, tepat dan difahami.

Tatabahasa26.07.2013
Adakah betul dari segi bahasa jika saya menganjurkan satu program keilmuan dan menamakan program tersebut i) "Inspirasi ilmu" ii) Aspirasi IlmuKedua-dua boleh digunakan  mengikut tujuan program itu diadakan.
Aspirasi membawa maksud keinginan yang kuat atau citi-cita manakala inspirasi bermaksud ilham
Lain-lain19.06.2014
Saya baru menerima respons kepada permintaan semakan kata "inspiring progress" - "mengilham kemajuan", dan pihak tuan telah mencadangkan "kemajuan memberikan inspirasi". Sebenarnya frasa tersebut adalah sebahagian daripada frasa penuh, "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" di mana perkataan "Celebrating" dan "Inspiring" lebih berbentuk kata kerja atau kata perintah. Bolehkah saya cadangkan: - Mengilhami kemajuan - Mendorong kemajuan - Merangsang kemajuan atau kata2 yang difikirkan lebih sesuai sebagai kata gesaan/kerja. Terima kasihMenurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud progress ialah kemajuan, manakala inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham, maka cadangan terjemahan  yang sesuai bagi "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" ialah Meraikan Kecemerlangan, Mengilhamkan KemajuanMakna02.06.2017
Kami ingin mendirikan signboar untuk sebuah pusat tuisyen menggunakkan nama tersebut "Pusat Tuisyen Inspirasi Cahaya" dan logo yang kita akan gunakan di labelkan dengan "TM". Dalam garis panduan yang disediakan oleh MBPJ kita mesti mengutamakan Bahasa Kebangsaan. Sila beri maklum balas jikalau nama tersebut menepati syarat tersebut. Sekian, terima kasih.Untuk pengesahan papan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain30.12.2015
Apakah maksud "bersama berinspirasi"? Adakah ia sesuai untuk tema "team building"?Dalam data rujukan kami, berinspirasi bermaksud mempunyai inspirasi. Tema tersebut sesuai digunakan.Tatabahasa08.09.2017
"Black Knight" adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Deep Purple yang saya minati dari zaman remaja dan menjadi inspirasi dalam perniagaan saya.Kami tidak mengesahkan nama syarikat atau logo. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti "STUDIO RAKAMAN" di bahagian paling atas. Kemukakan permohonan tuan kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain17.06.2015
mengunakan nama projek RESIDENSI INSPIRIA untuk projek kamiApakah makna "INSPIRAI"? Adakah ini nama syarikat? Jika tidak, sila tukar kepada INSPIRASI (yang terakam dalam Kamus Dewan). Sila buat permohonan penamaan melalui www.dbpsahbahasa.myLain-lain03.04.2019
Terima kasih atas respons kepada pertanyaan saya yang terdahulu mengenai frasa tersebut. Satu lagi soalan. Bolehkah saya menggunakan perkataan "Menginspirasi" sebagai padanan kepada perkataan "Inspiring"? Jawapan : Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud progress ialah kemajuan, manakala inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham, maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" ialah Meraikan Kecemerlangan, Mengilhamkan KemajuanTerjemahan inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham. Sekiranya tuan/puan ingin menggunakan menginspirasi bagi terjemahan inspiring, ia boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks ayat, Makna05.06.2017
12

Kembali ke atas