Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.lék] | اينتليک

Definisi : (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; mengintelekkan menjadikan seseorang intelek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
intelek (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan daya berfikir, akal budi.,


Khidmat Nasihat

Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Untuk melindungi harta intelek, kerajaan sanggup mengambil pelbagai langkah termasuk penubuhan Mahkamah Harta Intelek. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai digantikan penubuhan kerana mengikut buku, jawaban yang salah ialah penubuhan. TKPerkataan menubuhkan sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk mengenal pasti perkataan yang tepat dalam konteks sesuatu ayat.

Tatabahasa04.07.2012
apakah yang dimaksudkan dengan intelek?
  • Sdr. Harnizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.
  • intelek bermakna - (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar;
  • Makna30.04.2009
    Apakah maksud Harta Intelek?Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan hal tersebut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh melalui talian 03-21479523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my Lain-lain18.05.2017
    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah definisi harta intelek?Untuk makluman puan, kami hanya dapat membantu puan memberikan maksud setiap perkataan sahaja, contohnya:

    Harta membawa maksud barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yang dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll).

    Intelek pula bermaksud kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya), akal budi.

    Namun begitu, sekiranya pihak puan memerlukan jawapan yang lebih lengkap, pihak puan bolehlah menghubungi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), Unit 1-7, Aras Bawah, Tower B, Menara UOA Bangsar, No. 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.

    Sekian. Terima kasih.
    Makna18.05.2017
    kah saya boleh dapatkan dasar plagiarism yang dibuat oleh pihak DBP?Hal ini berkaitan dengan harta intelek sesuatu produk. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain20.10.2015
    Asslmwbkth Saya hendak menerbitkan semula sebuah puisi saya yg tersiar dlm Dewan Sastera ke dalam bentuk Antologi Puisi Peribadi...saya difahamkan perlu mendapat keizinan dpd bahagian Harta Intelek...boleh saya dapatkan no talipon dan siapa yang boleh saya hunungi?Sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain12.05.2015
    Apakah maksud modal insan?Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain19.11.2007
    Maksud pembangunan modal insan.Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manuasia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara.Makna16.10.2006
    maksud guru penjana modal insan cemerlangModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas.Lain-lain11.06.2008
    apakah maksud MODAL INSAN secara keseluruhannyaModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain16.11.2007
    apakah yang dimaksudkan dengn 'modal insan'Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manuasia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara.Makna20.07.2007
    Pustaka Syuhada 29 JANUARY 23:57 Aslmkm sya ingin mendapat kebenaran menjual buku Peluru petunang dalam eBook a Samad Ismail cetakan kedua 1987. Dimana saya boleh dptkan izin bertulis tertakluk perkiraan royalti. Terima kasih.Hal ini berkaitan dengan harta intelek sesuatu produk. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain29.01.2017
    apakah maksud modal insan? apakah maksud personaliti unggul?Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manuasia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Makna02.10.2006
    Pohon hantar senarai istilah dan daftar ejaan baru seperti alamat yang diberikan . tadika k-Intelek, 43 Lengkok Meru Permai 1, Meru Raya .30020 Ipoh Perak Malaysia. lengkokTiada terbitan khusus tentang istilah dan kata baharu, kecuali menyemak kamus atau buku istilah. Tuan juga boleh menyemak atau membuat carian kata dan istilah melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain05.04.2015
    apa itu makna modal insan

    Saudara,

    Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manuasia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara.

    Makna18.02.2010
    Makna yang tepat perkataan "Modal Insan". Sekian terima kaseh.Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manuasia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara.Makna05.10.2008
    Assalamualaikum Boleh tak perkataan modal insan digunakan dalam penulisan tesis?. WassalamModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Perkataan modal insan boleh digunakan dalam bahasa Melayu.Istilah11.11.2016
    Adakah perkataan 'keintelektual' boleh diterima pakai?Perkataan yang tepat ialah keintelektualan yang bermaksud perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dengan keperluan rakyat.Tatabahasa12.09.2013
    SALAM SEJAHTERA...SAYA INGIN MEMBUAT PERTANYAAN MENGENAI MAKSUD PERKATAAN ' PEMBANGUNAN MODAL INSAN'Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Lain-lain31.07.2008
    bahasa romantis dalam karya modenIstilah ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; karya yang cenderung kepada keagugan, perasaan dan kecantikan. Salam.Lain-lain12.07.2008
    Tarikh diperlukan minggu ini.Untuk urusan hak cipta karya DBP, kami mencadangkan puan menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek DBP,  Puan Hajah Kamariah binti Yusof, di talian 03-21479494 dan e-mel kamari2@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat tentang proses penerbitan, hubungi Jabatan Penerbitan DBP melalui talian 03-21479000/9534/9536;  manakala maklumat tentang dana penulis pula boleh diperoleh melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan di talian 03-21479129.Lain-lain10.05.2015
    Boleh beri saya nama pengarah Unit Hak Cipta dan email beliau. Saya ingin bertanya tentang hak cipta buku saya.Ketua Bahagian Harta Intelek ialah Puan Hajah Asiah binti Daud. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel asiah2@dbp.gov.myLain-lain09.11.2012
    assalamualaikum sy ingin mintak izin untuk menterjemahkan buku Biografi Sayiid Qutb ke bahasa Thai..izinkah atau tidak...Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain30.11.2015
    Saya berminat menganalisa novel Cakra Waruga karya Pak Arena Wati untuk Extended Essay. Topik yang saya ingin bincangkan ialah berkenaan tentang kritikan dan masalah yang dihadapi oleh golongan intelek. Apa perkataan yang saya boleh gunakan untuk menggabungkan kedua-dua ini. Saya bercadang untuk menggunakan perkataan "polemik", adakah ia relevan?

    Perkataan polemik lazimnya digunakan bagi tujuan yang melibatkan kegiatan pertukaran, perbantahan atau perdebatan antara dua pihak yang berbeza pandangan mengenai sesuatu isu/masalah.  Jika  saudara melakukan penghujahan dengan menggunakan teknik/kaedah sedemikian dalam esei saudara,  maka saudara bolehlah menggunakan perkataan tersebut bagi tujuan penghujahan subjek yang ingin saudara ajukan.

     Adakah soalan saudara itu juga bertujuan untuk mendapatkan judul esei yang sesuai?  Jika demikian saya mencadangkan judul esei saudara ialah " Analisis kritis permasalahan golongan cendekia dalam Cakra Waruga"atau "Polemik permasalahan golongan cendekiawan dalam Cakra Waruga" dengan memasukkan hujahan sokongan dan sanggahan. 

    Salam takzim.

    Lain-lain03.08.2010
    Ramlee Wahab May 12th, 2:56pm Asslm.wbkth tuan, Mohon bertanya, saya ingin menerbitkan semula puisi yg terbit di dalam Majalah Dewan Sastera dlm bentuk Antologi Puisi Peribadi...jadi, kepada siapa perlu saya mohon keizinan...saya diberitahu oleh Prof.Dato Dr Hj Awang Sariyan sila rujuk kpd Harta Intelek...boleh saya dapatkan no talipon dan siapa patut saya hubungi utk mendapatkan penjelasan & kerjasama..? Ramlee Wahab(Nakhoda) 013-7525658Kami mencadangkan tuan menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, Puan Hajah Kamarian Yusof melalui talian 03-21479440 atau e-mel kamari2@dbp.gov.my.Lain-lain12.05.2015
    Maaf diminta! Berkenaan dengan pertanyaan saya yang dihantar petang ini, tolong abaikan lampiran yang dihantar tadi. Salinan yang betul dilampirkan dengan ini.Berhubung dengan pertanyaan tuan, kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Bahagian Harta Intelek DBP. Tuan boleh menghubungi ketuanya, Puan Hajah Kamariah Yusof, melalui talian 03-21479000 atau e-mel kamari2@dbp.gov.my.Lain-lain15.04.2015
    Saya sedang menulis novel pertama saya. Apakah langkah yang perlu ambil bagi menjaga hakcipta ketika saya menghantar manuskrip ke syarikat-syarikat penerbitan bagi menerbitkan novel saya? Terima kasih.Berkaitan dengan hak cipta karya yang akan diterbitkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, tuan boleh menghubungi bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian  03- 2147 9521 atau 03-2147 9522.Karya19.08.2014
    Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang penghasilan manuskrip. 1.Apakah yang perlu ada dalam sesebuah manuskrip yang ingin dihantar dan bagaimanakah untuk mendapatkan lampiran yang pihak DBP kehendaki? 2. Jika karya dalam manuskrip yang ingin dihantar pernah disiarkan, adakah saya perlu sertakan kredit (di mana karya itu pernah disiarkan) dan adakah untuk menerbitkannya saya perlu mendapatkan kebenaran penerbit asal? 3. Jika perlu disertakan kredit, bagaimana pula dengan karya saya yang pernah tersiar dalam sisipan Tunas Cipta dalam Dewan Sastera? Adakah saya perlu menyertakan kredit Dewan Sastera atau Tunas Cipta? 4. Bagaimana pula dengan karya siber yang ingin dihantar sebagai manuskrip, adakah perlukan sumber? Diharap soalan-soalan ini dapat dijawab kerana saya sedikit jahil tentang penyediaan manuskrip. Wassalam.

    Persoalan sdr. adalah tentang harta intelek dan penghasilan sesebuah karya. Dalam harta intelek, ada disebut idea dan pernyataan idea. Idea boleh diambil daripada mana-mana sumber, tetapi pernyataan idea seperti sesebuah karya orang lain, tidak boleh ditiru kerana dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

     Sesebuah manuskrip adalah pernyataan idea, dan pernyataan idea ini mestilah lahir daripada pengarang itu sendiri, bukan dicedok daripada mana-mana karya orang lain.

    Tentang karya sendiri yang pernah terbit, tidak perlulah dinyatakan sumbernya kerana itu karya sendiri, bukan karya orang lain.

    Tentang kredit atau penghargaan kepada pengarang yang karyanya diambil, itu hanyalah setakat pemakluman, tetapi bukan remedi terhadap pelanggaran undang-undang hak cipta.

    Karya yang pernah tersiar dalam Internet pasti ada penulisnya, dan penulis itulah tuan punya hak ciptanya. Karya sedemikian adala seperti karya-karya lain, dilindungi oleh undang-undang harta intelek.

    Lain-lain08.11.2008
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan. Soalan saya adakah gambar-gambar screenshot dari sesebuah perisian komputer yang saya ambil sendiri dilindungi hak cipta juga dan perlukah saya mendapat izin pemilik perisian untuk menyiarkan gambar-gambar tersebut dalam sesebuah karya? Terima kasih.Waalaikumsalam,
    Berkaitan dengan hak cipta karya, tuan boleh hubungi Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur melalui talian 03-21479521 atau 03-21479522. Terima kasih.
    Lain-lain21.08.2014
    Bro Rahiman THURS 15:50 Bro Rahiman Bro Salam, saya mempunyai persoalan mengenai hak cipta utk buku teks yg dicetak oleh dewan bahasa dan perpustakaan. Adakah dibenarkan utk memgubal soalan berdasarkan buku teks utk tujuan dikomersialkan?Sila hubungi Ketua Bahagian Buku Sekolah melalui talian 03-21479550, e-mel: zainah @dbp.gov.my atau pegawai kanan di Bahagian Harta Intelek melalui talian 03-21479434, e-mel: zaiton@dbp.gov.my.Lain-lain19.01.2017
    salam, saya ingin tahu samaada buku berjudul hang jebat , cucu dato merah dan dang anum masih dipunyai olih penulis Mohd ali aziz dan kalau ada apa2 royalty dari buku buku tersebut. saya ada lah anak kepada encik mohd ali aziz. terima kasih.Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan, tuan boleh menghubungi Puan Hawa Hawa Zurina binti Raie, Bahagian Harta Intelek DBP melalui talian 03-2147 9524 atau e-mel hawa@dbp.gov.myLain-lain18.09.2014
    Aswt.Saya dihubungi oleh pihak DBP tentang penerbitan semula sastera Kanak-Kanak siri Tidurlah Intan pada tahun 2008.Saya nak dapatkan maklumat bilakah bayaran royalti dibayar kepada penulis/karyawan.Jawapan awal tuan adalah sangat dihargai.Sekian,terima kasih.

    Buku Siri Tidurlah Intan telah diterbitkan semula pada tahun 2009 dengan judul Bacalah Sayang sebanyak 12 jilid. Bahagian Harta Intelek DBP sedang menguruskan Perjanjian Lesen Penerbitan dan bayaran royalti kepada penulis yang terlibat.

    Lain-lain22.08.2010
    Peace be upon you, and Allah mercy and blessings.Good morning, sir admin page Balai Pustaka and Bahasa Malaysia. To introduce myself, my name is Muhammad Husni Arafat from Jepara, Indonesia. To the point, in 2012, I had already translated the book published by Balai Pustaka and Bahasa, Malaysia, the paper Prof. D.Phil. Musthofa Abu-Sway, MA, entitled Al-Ghazzaliyy: A study in Islamic epistemology (1996). Then, I ask permission for translation and publishing into Indonesian to Prof. Musthofa and he permitted and suggested that I also request permission orally and in writing to the publisher Balai Pustaka and Bahasa Malaysia. For this purpose, I want to beg permission for translation and publication papers Prof. D.Phil. Musthofa Abu-Sway, MA, entitled Al-Ghazzaliyy: A study in Islamic epistemology (1996) to the publisher Balai Pustaka and Bahasa Malaysia. For your attention, I say many thanks. Wassalamualaikum wr. wb. Best regards, Muhammad Husni Arafat, Lc., M.S.I. Lecture of Islamic Law and Islamic Studies at the Islamic University of Nahdlatul Ulama '(UNISNU), Jepara unisnu.ac.idHal ini berkaitan dengan harta intelek sesuatu produk. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain06.05.2016
    Assalamualaikum, saya Abdul Wafi bekerja sebagai seorang penulis bebas di laman sesawang. Saya membaca banyak buku-buku terbitan DBP dan berminat untuk menulis apa yang saya baca ke laman-laman sesawang sebagai perkongsian ilmu dan mempromosikan buku yang saya baca. Saya ingin mengetahui apakah langkah yang saya perlu lakukan untuk mendapat kebenaran Hak Cipta Terpelihara dari pihak DBP?Mohon berhubung dengan pegawai dari Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida Mohd Salleh melalui talian 03-2147 9523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain14.02.2017
    Mohamad Azlan Ibrahim Jul 31st, 10:45am Assalamualaikum/salam sejahtera. Saya adalah seorg yg aktif dlm berpantun, dan byk pantun2 yg tlh saya hasul dan nukilkan. Di sini saya ingin membuat pertanyaan, bagaimanakah caranya utk saya menjadikannya copyright control?. Adakah cara2 dan apakah proses2 yg perlu saya lakukan bg melindungi hak cipta saya. Diharapkan agar lihak tuan/puan dpt menerangkan kpd saya dgn lbh lanjut lg. Terima kasih.Berkaitan dengan hak cipta karya, tuan boleh menghubungi bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03- 2147 9521 atau 03-2147 9522.Lain-lain31.07.2014
    Terima Kasih atas jawapan daripada pihak tuan tentang royaliti novel Desa Pingitan.Namun demikian ada beberapa perkara yang perlu saya maklumkan : 1. Pihak kami perlukan penyata bertulis daripada pihak DBP untuk urusan pihak mahkamah syariah. 2. Selepas ini jika sekiranya ada royaliti untuk novel tersebut,siapakah penama yang boleh menuntut. 3. Bolehkah pihak kami menarik balik hak mencetak daripada DBP untuk Novel tersebut?Mohon waris penulis buku Desa Pingitan menulis surat secara rasmi kepada Ketua Bahagian Harta Intelek Dewan Bahasa dan Pustaka tentang hal ini. Insya-Allah, kami akan uruskan sebaik-baiknya. Lain-lain29.02.2012
    Apakah maksud frasa berikut: 1.Rancangan pembangunan pendidikan. 2.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. 3.Dasar Pendidikan Kebangsaan. 4.Rancangan Malaysia. 5.Pendidikan Tertiari. 6.Aspirasi negara. 7.Modal insan

    Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat berkenaan atau buku-buku yang berkaitan. 

    7.  Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.

    Lain-lain08.11.2011
    Saya ingin menerbitakan buku di bawah penerbitan FRIM. Saya bercadang ingin menggunakan peta lama yang telah diterbitkan oleh DBP di dalam buku Atlas Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 sebagai salah satu gambar di kulit luar buku. Apakah prosedur yang perlu saya laksanakan untuk penerbitan semula peta ini? Sekian, terima kasih.Penerbitan semula setiap bahan terbitan DBP perlu mendapat izin daripada kami. Sila hantar surat permohonan rasmi untuk tujuan ini kepada Ketua Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sertakan juga salinan peta yang hendak digunakan itu.Lain-lain25.08.2011
    Tuan Syarikat saya berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan pihak DBP bagi menerbit semula karya agung Hikayat Hang Tuah yang hingga kini masih tidak dicetak semula dan tiada dalam pasaran. Pihak kami berhasrat untuk menjalin usahasama dengan DBP untuk mencetak semula karya tersebut atas model niaga usahasama dimana kos cetakan akan ditanggung oleh pihak kami. Oleh itu, kami mohon suatu tarikh temu janji dengan pihak tuan untuk berbincang dengan lebih lanjut perkara ini. Terima kasih.Untuk makluman tuan, DBP memang ada membeli dan menjual hak cipta melalui Projek Pelesenan DBP. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi pihak Bahagian Harta Intelek yang menguruskan projek ini. Tuan boleh menghubungi Puan Zaiton binti Abu Samah di talian 03-2147 9521 atau e-mel zaiton@dbp.gov.my, ataupun Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh di talian 03-21479523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my.Lain-lain06.05.2016
    Saya Nurul Salwa binti Abdul Muluk, pengarang untuk novel "Epilog Sekeping Hati" .Mohon pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dapat mengemaskini maklumat saya. (Nurul Salwa binti Abdul Muluk, No 25 Jalan Hijau 6/3, Bandar Tasik Puteri, 48000 Rawang Selangor). Pihak DBP boleh menghubungi saya di talian: 019-2057591/ 0326107768/nurul.salwa83@yahoo.com) Ini bagi memudahkan untuk menghubungi sekiranya berkaitan dengan royalti mahupun apa-apa yang berkaitan dengan karya "Epilog Sekeping Hati". terima kasihAssalamualaikum, Puan Nurul. Pihak kami di Bahagian Harta Intelek mengambil perhatian ini. Maklumat puan sudah saya serahkan kepada pegawai yang berkenaan untuk dikemas kini.Lain-lain10.04.2014
    Assalamu'alaikum, Saya berhasrat untuk menerbitkan sebuah antologi puisi persendirian di mana beberpa karya adalah dari karya saya sendiri yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Bahasa dan Pustaka. Perlukah saya mendapatkan izin dari pihak DBP, atau mamadai dengan meletakkan rujukan 'bulan dan nama majalah' karya itu diterbitkan. Mohon pencerahan dalam hal ini, terima kasih.
    Waalaikumsalam WM WBT
    Berkenaan hasrat tuan tersebut, perlu diletakkan rujukan bulan dan nama majalah karya itu diterbitkan. Tuan juga perlu membuat surat pemakluman kepada Bahagian Harta Intelek, DBP. Tuan boleh menghubungi pegawai bertugas untuk penjelasan lanjut, iaitu Encik Mohd. Hafizi bin Ahmad, mohdhafizi@dbp.gov.my atau Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh, noraida2@dbp.gov.my
    Lain-lain04.04.2014
    Islam Iman Dan Ihsan THURS 16:27 Islam Iman Dan Ihsan Islam Iman Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Saya berminat menulis sebuah buku teks peringkat Ijazah sarjana muda jurusan matematik. Saya dimaklumkan bahawa terdapat ganjaran RM 20000 untuk penulis di samping bayaran royalti, bermula 2012. Soalan saya: 1. Apakah ganjaran masih sah sehingga sekarang? 2. Adakah buku teks yang saya ingin tulis itu termasuk di bawah kategori buku yang layak ganjaran RM20,000 tersebut? Terima kasih Dr Auni Aslah Bin Mat Daud, Senior Lecturer, School of Informatics and Applied Mathematics, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 21030 Kuala Nerus Terengganu, Malaysia Tel: +609 6683625Mohon berhubung dengan pegawai dari Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida Mohd Salleh melalui talian 03-2147 9523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain02.02.2017
    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya beberapa soalan. Pertama, adakah buku-buku rujukan bahasa Melayu (ebook) untuk para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah ada dalam pustaka digital?. Kedua, setuju atau tidak sekiranya ada pihak tertentu yg ingin menjalinkan usahasama dgn pihak DBP berkaitan bahan rujukan para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah terbitan DBP seperti tatabahasa dewan dan apa-apa bahan terbitan DBP yang berkaitan dgn golongan sasar tersebut dilanggan oleh pihak tersebut dalam bentuk ebook bagi dimuatkan dalam perpustakaan digital/maya/dalam taliannya?. Ketiga, sekiranya usahasama tersebut terjadi, berapakah anggaran harga langganan bagi tujuan tersebut? Sekian.Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Bahagian Harta Intelek melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Kamariah binti Yusof melalui talian 03-21479000 atau e-mel kamari2@dbp.gov.my.Lain-lain27.06.2015
    Dengan hormatnya saya ingin membuat pertanyaan kepada pihak DBP (sebagai pemegang hak cipta buku ini) tentang penterjemahan buku "Saya Dari Hujung Kota" oleh Sasterawan Negara Noordin Hassan ke dalam bahasa Inggeris. Sebabnya adalah kerana saya berniat bahawa buku yang asalnya ditulis dalam Bahasa Malaysia ini harus dipamerkan kepada pihak pembaca-pembaca antarabangsa / dunia sebagai satu contoh keindahan kesasteraan dan budaya Melayu. Dengan hormatnya saya melampirkan fail contoh penterjemahan saya untuk pertimbangan Tuan/Puan dan saya berharap mendapat balasan dari pihak Tuan/Puan tentang cadangan saya ini. Sekian, terimakasih.Berhubung dengan pertanyaan tuan, kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Bahagian Harta Intelek DBP. Tuan boleh menghubungi ketuanya, Puan Hajah Kamariah Yusof, melalui talian 03-21479000 atau e-mel kamari2@dbp.gov.my.Lain-lain15.04.2015
    apakah perbezaan di antara komsas pra dan pasca tahun 2000?

    Saudara,

    Memang ada perbezaan antara sebelum dan selepas pelaksanaan KOMSAS, walaupun unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran bahasa Melayu dari tingkatan 1 hingga 5, sejak tahun 1987, namun teks sastera tidak dijadikan komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar,  dan diajar dalam konteks unsur sastera yang asas sehingga keberkesanan dan pelaksanaannya tidaklah mantap seperti yang diharapkan.

    Kurikulum bahasa Melayu telah disemak semula dan  seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka diperkenalkan  KOMSAS  bermula Mac tahun 2000, secara berperingkat-peringkat bermula tingkatan 1 dan 5 dan diwajibkan kepada semua pelajar bermula tahun 2002. Melalui KOMSAS  mata pelajaran bahasa Melayu mengandungi dua komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera. karya-karya sastera yang bermutu dan sesuai dengan tahap pembaca telah dipilih dan dijadikan teks wajib yang perlu dipelajari oleh para pelajar.  KOMSAS lebih berkesan dalam  pengajaran dan pembelajaran ilmu kesusasteraan dan diajar secara sistematik.

    Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Malayu juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera antaranya:

    - mengenal genre cerpen, novel, drama dan prosa tradisional

    - mengenal puisi moden dan puisi tradisional

    - memahami istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi

    - memahami binaan dan teknik plot

    - menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan

    - menaakul tema dan pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan

    - menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

     

    Sastera28.05.2011
    Suzlina Adwiyah Mhn pencerahan DBP...jk dbp ingin mnerbitkn buku seseorg..apakah org itu perlu melakukan proses pengistiharan harta trlebih dahulu..jk ya..utk ape pgistiharan harta itu dlakukan..bgmn pula jk buku yg ingin dterbitkn itu..adlh buku insan yg sdh lma mninggl dunia..adakah insan yg sdh mninggl dunia msh mpunyai hrta..melainkan hrta yg dsedekahkn ke jln baik.dan hrta ank2 yg soleh..sy mhn pcerahan ....insan yg ketandusan ilmu..Puan Suzlina Adwiyah, Untuk makluman soalan puan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Berkaitan soalan yang diajukan, puan boleh menghubungi Puan Zaiton binti Abu Samah (Ketua Bahagian Harta Intelek) melalui nombor telefon 03-21479434 atau e-mel zaiton@dbp.gov.my. Sekian, terima kasihLain-lain18.05.2017
    Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan Special Olympic. Jika ianya bercakap tentang organisasi itu sendiri, perlukah saya menterjemahnya ke bahasa melayu?Dan jika ia bercakap tentang sukan untuk orang kurang upaya apakan perkataan yang paling sesuai untuk digunakan? Soalan kedua pula, jika bahasa sumber menggunakan bahasa singkatan Intellectual Disability sebagai ID. Bolehkah saya menggunakan bahasa singkatan yang sama dalam penterjemahan saya? Terima kasih atas pertolongan tuan/puan. Yang benar, AireenJika Special Olympic ialah organisasi yang telah diwartakan, namanya dikekalkan. Namun jika merujuk sesuatu pertandingan, perkataan tersebut boleh diterjemahkan seperti Sukan Olimpik Khas. Sukan Orang Kurang Upaya ialah istilah yang betul kerana disasarkan khusus kepada kelompok tertentu. Intellectual Disability boleh diterjemahkan kepada ketidakbolehan intelek.Tatabahasa09.12.2015
    Assalamia;aikom, Saya adalah seorang penulis yang pernah menyumbang karya da;am penerbitan DEWAN BAHASA & PUSTAKA. Sebagai penulis saya menggunakan nama pena KASAJIZA A.S. Pada tahun 1970-80an ada antara karya saya diterbitkan oleh DBP melalui antologi puisi SAJAK SAJAK HADIAH SASTERA 71-73, majalah DEWAN SASTERA dan DEWAN MASYARAKAT. Saya sekarang dalam usaha menerbitkan antologi puisi perseorangan yang bakal diterbitkan oleh ITBM. Dengan ini saya ingin mengetahui ke bahagian manakah perlu saya menulis untuk memohon keizinan 'PELEPASAN HAKCIPTA' sajak sajak saya yang pernah diterbitkan oleh DBP itu untuk tujuan penerbitan antologi puisi saya tersebut. Sekian, Assalamualaikum w.r.tAssalamualaikum, tuan. Terima kasih kerana bertanyakan hal ini. Untuk makluman tuan, alamatkan saja surat tuan itu kepada Ketua Bahagian, Bahagian Harta Intelek, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka,  Aras 10 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR.Lain-lain19.08.2013
    Saya perlukan maklumat berkaitan: 1. Panduan penulisan buku 2. Hak cipta dan royalti. 3. Penyediaan manuskrip. 4. Proses penerbitan.Soalan pertama saudara, iaitu mengenai panduan penulisan buku sebenarnya kurang jelas dan ia terlalu umum. Saudara perlu menyatakan secara khusus sama ada panduan penulisan karya fiksyen atau karya ilmiah. Walau bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan ialah, sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Bagi soalan kedua, iaitu hak cipta dan royalti, saudara boleh membaca buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 atau menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, DBP, Puan Asiah Daud di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my. Bagi soalan ketiga, iaitu penyediaan manuskrip, manuskrip hendaklah ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau  dua baris. Bahagikan manuskrip kepada beberapa fail yang mengandungi 30 halaman. Setiap manuskrip hendaklah dijilid kemas dan diberi judul pada bahagian kulit. Soalan keempat, iaitu proses penerbitan, ia terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak ( reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Percetakan, dan Penjualan/Pemasaran.Terima kasih.Lain-lain13.10.2010
    Salam Sejahtera Tuan Saya ingin memulakan satu perkhidmatan kepada pelajar SPM secara online.Perkhidmatan yang kami ingin mulakan adalah EBOOK iaitu nota padat untuk rujukan pelajar SPM pada tahun ini. Kami akan buat nota daripada fakta yang terdapat dalam buku teks sekolah .Kami akan membuat nota padat dalam bentuk EBOOK(PDF). Kami akan pasarkan ebook ini dengan harga yang murah iaitu 0.30 sen satu bab . Saya membuat nota padat ini dalam bentuk PDF dan tidak mencetak dalam kertas. Saya ingin memohon nasihat pihak DBP tentang hak cipta.Adakah pengambilan fakta buku teks akan melanggar hak cipta buku teks. Saya ingin memulakan perkhidmatan ini dengan mematuhi peraturan dan undang-undang malaysia. Saya hanya ambil fakta daripada buku teks untuk membuat nota padat. saya harap pihak DBP sudi memberi nasihat tentang hak cipta buku teks. Terima KasihBerkaitan dengan hak cipta karya yang akan diterbitkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, puan boleh menghubungi bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian  03- 2147 9521 atau 03-2147 9522.Karya23.08.2014
    Assalamualikum, Di sini saya ingin meminta bantuan dari segi nasihat daripada pihak DPB. Saya ada anak berumur 17 tahun. Namanya Nur Ain. Anak saya ini amat berminat di dalam penulis Novel tetapi dalam bahasa Inggeris. Baru-baru ini ain telah menulis sebuah novel bahasa Inggeris bertajuk The Black Ros (Fantasy). Saya pernah cuba untuk bantuan mencari penerit tapi tidak berjaya kerana novel dalam bahasa inggeris memerlukan seorg mengedit buku tersebut. Hal ini agak mengecewakan ain. Namun ain tetap juga menulis walaupun tidak ada sokongan dari luar SEhubungan dengan itu, saya memohon jasa baik tuan agar dapat membantu saya dalam hal ini. Bagi saya bakat yang dengan ain tidak harus disia-siakan. Saya mohon sangat-sangat nasihat dan buah fikir tuan dalam perkara ini dan berharap sangat mendengar daripada tuan. sekian, terima kasih.Syabas Nur Ain kerana menghasilkan novel pada usia 17 tahun. Idaman penulis kreatif ialah melihat karyanya diterbitkan. Bagi pihak penerbit pula mahu karya yang berpotensi membawa pulangan yang lumayan apabila berada di pasaran. Setiap manuskrip novel memang perlu dinilai dan diedit sebelum diterbitkan, tidak kira novel Melayu atau Inggeris, karya penulis baru atau sasterawan negara! Carilah penerbit yang mahu menerbitkan novel Inggeris dan ada editornya. Usaha "pernah cuba" tidak mencukupi tetapi berusahalah dengan gigih untuk mencapai impian. Pelbagai usaha boleh dilakukan. Penerbit swasta banyak, mungkin ada yang mahu. Berkenalanlah dengan sasterawan yang hebat dan berguru dengannya. Novel The Black Rose tersebut boleh dijadikan bahan awal untuk "berguru". Dalam dunia penulisan kreatif, ada situasi penulis muda yang semakin harum namanya memaklumkan "Saya anak didik sasterawan ...". Nur Ain juga boleh menerbitkan sendiri novel tersebut. Jika mampu, carilah penilai, editor karya kreatif, pereka bentuk dan pencetak. Kosnya tanggungan sendiri (ibu bapa) berdasarkan perundingan. Setelah terbit pasarkan sendiri melalui pelbagai cara; misalnya melalui kawan-kawan dan laman urus niaga dalam talian. Dapatkan maklum balas daripada pembaca. Sekiranya bagus, jadikan itu sebagai gimik untuk melariskan jualan. Untuk jaminan harta intelek/hak cipta karya dengan cara paling murah, masukkan draf asal karya dan manuskrip ke dalam sampul surat dan hantarkannya kepada diri Nur Ain sendiri melalui pos berdaftar. Simpan bungkusan/sampul berdaftar tersebut dan jangan sekali-kali dibuka sehinggalah ada isu penciplakan karya. Nur Ain juga boleh menyertai komuniti penulis muda melalui laman eSastera.com. Untuk makluman puan dan Nur Ain, fungsi utama DBP ialah mengembangkan bahasa kebangsaan melalui aktiviti bahasa, sastera dan penerbitan. Harap maklum.Sastera02.05.2011

    Kembali ke atas