Thoth ialah dewa bulan Mesir purba yang
menaungi tamadun dan seni intelek seperti
penulisan, astronomi, matematik, perundangan,
sihir, dan perbomohan. Thoth digambarkan
dalam seni sebagai tubuh manusia yang
berkepala burung sekendi. Thoth juga
digambarkan sebagai babun berkepala anjing.
Peranan utama Thoth di alam ghaib ialah
menyelia neraca penimbang roh orang yang
sudah meninggal dunia untuk menentukan sama
ada orang itu bersalah atau tidak. Thoth juga
dikaitkan dengan dewa lain. Thoth dianggap
sebagai jurutulis dewa matahari Re dan malah
ketua pegawai pentadbir Re. Dalam mitos
penciptaan dari Memphis, Thoth menjadi lidah
dewa pencipta, Ptah yang mencipta dunia.