Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.ter.nét] | اينترنيت

Definisi : (internét) rangkaian komputer antarabangsa yg membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dr seluruh dunia; menginternetkan memasukkan data, maklumat dsb ke dlm rangkaian Internet, dan menyebarkannya melalui Internet: ~ sastera Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.ter.nét] | اينترنيت

Definisi : /internét/ rangkaian komputer antarabangsa yg membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu dgn yg lain dan mencapai maklumat pangkalan data dr seluruh dunia. menginternetkan memasukkan data, maklumat dsb ke dlm rangkaian Internet dan menyebarkannya melalui Internet: ~ sastera Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata internet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Perkataan "internet" sepatutnya ditulis sbg internet @ Internet? Adakah ia kata nama am @ khas? 2. mencantas rambut & memangkas rambut betul atau salah ? Terima kasih1. Internet ialah kata nama khas, maka huruf awalannya hendaklah ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat.
2. Mengikut Kamus Dewan, mencantas ialah memancung se­suatu dgn benda tajam dgn sekali ayun;  Memangkas pula diberikan dua iaitu makna pertama, menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; kedua makna memotong hujung (rumput, pokok, dan lain-lain). Terdapat peralatan yang dinamakan "pemangkas"  iaitu alat spt gunting dll yg digunakan untuk memangkas.
Makna04.05.2017
kenapa internet menggunakan huruf besar seperti penggunaan Internet dan bukan penggunaan internet melayari Internet, teknologi Internet. Buku Tahun 1 huruf kecil, Tahun 2 dan 3 huruf besar pula. Tahun 5 pula huruf kecil. buku teks ini keluaran DBP.Internet ialah kata nama khas, maka huruf awalannya hendaklah ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat. Maklumat yang tuan berikan kami kemukakan kepada Bahagian Buku Teks untuk semakan dan tindakan selanjutnya.Ejaan19.10.2015
Manakah yang betul? 1. melayari ( internet / Internet ) 2. menyental kotoran ( di / pada ) meja1. Internet.
2. di atas meja.
Tatabahasa06.04.2014
perkataan internet ditulis Internet atau internet. Saya pernah diberitahu bahawa perkataan tersebut perlu ditulis dengan huruf 'i' besar ('I') sama ada di awal ayat atau di pertengahan ayat.

Internet ialah kata nama khas, oleh itu huruf awalannya hendaklah ditulis huruf besar walaupun di pertengahan ayat.

Ejaan29.05.2009
Salam Tuan/Puan, Mana satukah yang betul tatabahasanya untuk menterjemah ayat "Connect to Internet?" 1) Sambung kepada Internet. 2) Sambung melalui Internet. 3) Sambung dengan Internet. 4) Sambung ke Internet. Harap Tuan/Puan dapat beri sedikit pencerahan tentang penggunaan kata sendi yang paling sesuai digunakan. Terima kasih.

Wkslm ...
Terjemahan yang sesuai bagi 'Connect to Internet' ialah Sambung melalui internet. Melalui dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi".

Makna25.07.2020
mohon pencerahan terjemahan bagi Internet of Things (IoT) terdapat tiga jawapan yang dijumpai di Internet: 1) Internet untuk Segala-galanya 2) Peranti Internet Berhubung 3) Peranti Berhubung Internet terima kasihUntuk makluman, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "internet of Things" ialah Internet Benda.Istilah20.09.2016
bagaimana menulis: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak (condong; dalam Italic) 2. internet/ Internet 3. Information and Communication Technologies (ICT)/ (condong; dalam Italic)1. Konsep 'Klik dengan Bijak'
2. Internet
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Tatabahasa11.12.2012
yang mana betul a. Ekor kucing itu terpijak oleh saya. atau b. Ekor kucing itu saya terpijak. ejaan mana yang betul a. sedia kala atau sediakala b. Internet atau internet (adakah kata ini kata nama khas) (mengikut Kamus Dewan dieja Internet) a. internet

a.  Dua-dua salah. Jawapan yang betul ialah " Saya terpijak ekor kucing itu".

b. Sediakala

b. Internet

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.

Tatabahasa27.06.2008
Internet? Adakah perkataan Internet kata nama khas? atau Jaringan Internet sahaja kata nama khas?Selamat ptg.

Internet merupakan kata nama khas.

Sekain, terima kasih.
Tatabahasa17.11.2016
1.Adakah ejaan internet atau Internet? 2. Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Bahasa Sepanyol atau bahasa Sepanyol?

1. Internet ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar.

2. Penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu dan bahasa Sepanyol.

Lain-lain09.12.2022
12345678910...

Kembali ke atas