Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menggantikan lapik.

Bermaksud :

Memperisteri bekas isteri saudaranya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sama-tua[sA.mA.tu.wA]kata namapasangan suami isteri.Rokiah ni sama-tua Kasim, yang tu sama tua Minah.[ҍ.ki.jAh ni sA.mA.tu.wA kA.sim jAN tu sA.mA.tu.wA mi.nAh]Rokiah ini isteri Si Kasim, yang itu pula suami Minah.
nasik tangaeh[nA.si/ tA.NAEh] perbuatan isteri yang jahat untuk membodohkan suaminya dengan cara memperbomohkan melalui nasi yang bercampur najis. Nasi yang dibubuh kotoran najis dengan jampi serapah itu diberi makan kepada suami agar menurut kata, tidak melawan malah menjadi seolah-Bini deraka hak bagi laki dia makan nasik tangas tentu jadi isi neraka.[bi.ni d«.ÒA.kA hA/ bA.gi lA.ki di.jA mA.kAn nA.si/ tA.NAEh t«n.tu dZA.di i.si n«.ÒA.kA]Isteri durhaka yang memberi suaminya makan nasi tangas tentu akan menjadi isi neraka.
dia I[di.jA]kata namapanggilan (kata sapaan mesra) suami kepada isteri atau sebaliknya.“Dia makan la dulu, saya makan kemdian,” bini dia kata.[di.jA mA.kAn lA du.lu sA.jA mA.kAn k«m.di.jAn bi.ni di.jA kA.tA]“Awak makanlah dahulu, saya makan kemudian,” kata isterinya.
lingkop pahna[liN.kop pAh.nA] rosak binasa, punah atau jahanam.Depa kelahi laki bini, habeh lingkop pahna pinggan mangkok.[dE.pA k«.lA.hi lA.ki bi.ni hA.beh liN.kop pAh.nA piN.gAn mAN.ko/]Habis punah pinggan mangkuk kerana mereka berkelahi suami isteri.
tak keteruih[tA/ k«.t«.Òuih] tidak berkeupayaan, lemah atau lekeh, tidak mampu.Sampai nak tanggong belanja anak bini pon tak keteruih, apa guna jadi laki.[sAm.pAj nA/ tAN.goN b«.lAn.dZA A.nA/ bi.ni pon tA/ k«.t«.Òuih A.pA gu.nA dZA.di lA.ki]Belanja anak isteri sendiri pun tak tertanggung, apa guna jadi suami.
perelai[p«.Ò«.lAj]kata kerjamengejek, mengajuk, memperli dan seumpamanya dengan tujuan untuk berseloroh, bersenda. Ada juga dengan niat yang jahat, perli.Merah telinga dia bila kena perelai kawan-kawan, pasai dia takot bini.[mE.ÒAh t«.li.NA di.jA bi.lA k«.nA p«.Ò«.lAj kA.wAn.kA.wAn pA.sAj di.jA tA.kot bi.ni]Telinganya menjadi merah kerana diperli dek teman-temannya tentang dia takutkan isteri.
pedukang[p«.du.kAN]kata adjektifmata keranjang.Budak hak pedukang tu kena pukoi terok pasai dia dok ganggu bini orang.[bu.dA/ hA/ p«.du.kAN tu k«.nA pu.koj t«.Òo/ pA.sAj di.jA do/ gAN.gu bi.ni .ÒAN]Budak yang mata keranjang itu dibelasah dengan teruknya kerana menganggu isteri orang.
jemoran[dZ«.mo.ÒAn]kata namabahagian rumah yang dibina untuk menyambung rumah ibu dengan rumah dapur tanpa bumbung, (sebagai tempat untuk suri rumah membuat kerja-kerja rumah).Bini hang dok besiang ikan apa ataeh jemoran tu?[bi.ni hAN do/ b«.si.jAN i.kAn A.pA A.tAEh dZ«.mo.ÒAn tu]Ikan apakah yang disiang oleh isteri awak di atas jemuran itu?
com[tSm]kata adjektifberkenaan muka masam seperti berada dalam keadaan yang tegang, marah, merajuk; don.Awat hang com saja ari ni, hang gadoh dengan bini hang ka?[A.wAt hAN tSm sA.dZA A.Òi ni hAN gA.doh d«.NAn bi.ni hAN kA]Kenapa kamu masam muka sahaja hari ini, kamu bergaduh dengan isteri kamukah?
bahari[bA.hA.Òi]kata namapelawak.Hang toksahla pi dok jadi bahari hiboq hati orang, pi la hiboq hati anak bini hang bagi cukop makan pakai depa.[hAN to/.sAh.lA pi do/ dZA.di bA.hA.Òi hi.bâÖ hA.ti .ÒAN pi lA hi.bâÖ hA.ti A.nA/ bi.ni hAN bAgi tSu.kop mA.kAn pA.kAj dE.pA]Tidak usahlah awak menjadi pelawak menghiburkan hati orang, pergilah hiburkan hati anak isteri awak, supaya cukup makan pakai mereka.

Kembali ke atas