Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.te.ri] | ايستري

Definisi : 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini; beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri; memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda; memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menggantikan lapik.

Bermaksud :

Memperisteri bekas isteri saudaranya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
menatong[m«.nA.toN]kata kerjaberpindah-randah ke sana-sini, misalnya untuk mencari kerja.Nak nanggong anak bini, tepakse le menatong sane sini, carik keje.[nA/ nAN.goN A.nA/ bi.ni t«.pA/.s« l« m«.nA.toN sA.n« si.ni tSA.Äi/ k«.dZ«]Hendak menyara anak isteri, terpaksalah berpindah ke sana sini mencari kerja.
mengandong burokkan tikau bantal[m«.NAn.doN bu.Äo/.kAn ti.kAw bAn.tAl] kiasan bagi perempuan mengandung yang melepek selama berbulan-bulan disebabkan oleh pening, mabuk, dan muntah-muntah.Aje lorat bini kau ni, ni le yang orang kate mengandong burokkan tikau bantal.[A.dZ« lo.ÄAt bi.ni kAw ni ni l« jAN o.ÄAN kA.t« m«.NAn.doN bu.Äo/.kAn ti.kAw bAn.tAl]Sungguh teruk keadaan isteri engkau ini, inilah yang dikatakan orang mengandung burukkan tikar bantal.

Kembali ke atas