Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.te.ri] | ايستري

Definisi : 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini; beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri; memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda; memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menggantikan lapik.

Bermaksud :

Memperisteri bekas isteri saudaranya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD S.A.W. UMUM 
SAWDAH BINT ZAM'AH

Sawdah bint Zam’ah ( ? –55 H. / ? –675 M.) ialah

salah seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w.

Sawdah bint Zam‘ah berasal dari kalangan

bangsawan Quraisy ‘Amiriyyah. Dia pernah

berhijrah ke Habsyah bersama-sama bekas

suaminya al-Sakran ibn ‘Amru yang juga seorang

Muslim yang bersaudara dengan Suhayl ibn ‘Amru.

Kemudian mereka pulang ke Makkah dan

setibanya di sana, suaminya meninggal dunia.

Baginda mengahwininya tiga tahun sebelum

Hijrah, iaitu selepas kematian Khadijah bint

Khuwaylid. Sebenarnya, Khawlah bint Hakim, iaitu

isteri Uthman ibn Maz’un yang mencadangkan

kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan meminang

Sawdah bagi pihak nabi. Baginda Rasulullah s.a.w.

pernah berhasrat untuk menceraikannya bahkan

menurut sesetengah riwayat lain, Baginda telah

menceraikannya, tetapi dia memohon agar dirujuk

kembali kerana ingin dibangkitkan di akhirat kelak

bersama-sama para isteri Baginda yang lain.

Menurut riwayat lain, dia adalah wanita yang

menjadi sebab turunnya ayat yang memerintahkan

kaum wanita Islam memakai hijab. Dia meninggal

dunia di Madinah.

Lihat juga Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.

UMUM 
MENCARI ISTERIMENCARI ISTERI, novel karya Muhammad Yusof AhmadSASTERAPenerbitan
SURAH AL-HUJURAT

Surah al-Hujurat ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-49 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

28 ayat. Surah ini dinamakan al-Hujurat (bilik-bilik)

kerana Allah S.W.T. menyebut tentang kemuliaan

rumah Nabi Muhammad s.a.w., di dalamnya

terdapat bilik-bilik yang telah diduduki oleh isteri-isteri

Rasulullah s.a.w. yang suci.

UMUM 
TEBUS TALAK

TEBUS TALAK, pembayaran daripada isteri yang memohon talak daripada suaminya. Jumlah bayaran ditentukan oleh suami. Pembayaran ini merupakan ganti rugi daripada isteri kepada suami akibat talak tersebut. Keadaan seumpama ini berlaku apabila pihak suami enggan menceraikan isteri tetapi isteri sudah tidak boleh lagi hidup di samping suami. Kadangkala jika isteri tidak mampu membayar tebusan dan kes tersebut tidak dirujuk kepada hakam, isteri mengambil sikap meninggalkan pihak suami (nusus). Suami pula masih enggan menceraikannya. Keadaan ini menyebabkan isteri tersebut digantung tidak bertali.

BUDAYAKonsep
SAFIYYAH BINT HUYAY

Safiyyah bint Huyay (?–50 H. / ?–670 M.), salah

seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w. Nama

sebenarnya ialah Safiyyah bint Huyay ibn Akhtab. Dia

berasal daripada keturunan Yahudi Bani Nadir yang

tinggal di Madinah. Dia diusir dari Madinah bersama

kaumnya ke Khaybar. Ayahnya telah bekerjasama

menyokong kumpulan Ahzab untuk menentang

orang Islam dan telah dihukum bunuh bersama Bani

Qurayzah. Safiyyah dikahwini oleh Salam ibn

Mashkum al-Qarziy dan kemudiannya bercerai.

Seterusnya dia dikahwini oleh Kinanah ibn al-Rabi‘ al-

Nadriy. Kinanah terbunuh dalam Perang Khaybar

pada tahun ketujuh Hijrah apabila tentera Islam

mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut.

Safiyyah ialah salah seorang tawanan perang

tersebut. Dia dimiliki oleh Dahiyyah ibn Khalifah al-

Kalbiy tetapi Rasulullah s.a.w. membebaskannya lalu

diislamkannya dan dikahwininya. Hadith yang

diriwayatkannya daripada Rasulullah adalah sedikit

iaitu 10 hadith. Dia meninggal dunia di Madinah pada

zaman pemerintahan Khalifah Mu’awiyah. Lihat Isteri-

isteri Rasulullah s.a.w.

UMUM 
ZAYNAB BINT JAHSYI

Zaynab bint Jahsyi ( ? – 20 H/? – 641 M),

isteri Rasulullah SAW. Nama penuhnya ialah

Zaynab bint Jahsyi ibn Ri‘ab al-Asadiyyah. Ibunya

bernama Umaymah bint ‘Abd al-Muttalib, ibu

saudara Rasulullah SAW. Zaynab bint Jahsyi ialah

bekas isteri Zayd ibn Harithah. Dia juga dipanggil

Zayd ibn Muhammad SAW, kerana dia

merupakan anak angkat Rasulullah SAW.

UMUM 
SITI HAJARIsteri kepada Nabi IbrahimAGAMATokoh
SITI KHADIJAH KHUWAILIDIsteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. dan orang pertama yang beriman selepas kerasulan baginda.AGAMATokoh
AISYAH BINTI ABU BAKARisteri Rasullullah S.A.W dan anak kepada saidina abu bakarAGAMATokoh
1234567

Kembali ke atas