Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.di] | جادي

Definisi : 1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, ber­lang­sung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya: akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~ gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~ hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu, ~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap (dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~; boleh ~ mungkin, barangkali; ~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki ta­ngan = ~ penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi per­to­longan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan pe­sanan sese­orang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pan­tai, pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, ada kalanya senang, ada kalanya susah; sejadinya asalnya (semula jadi): akal ma­nusia dgn keadaan ~ mengandungi se­bahagian drpd makrifat semula jadi; sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuat­nya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ penge­rusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. men­jelma sbg; menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tam­­bah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~; menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar; 2. menye­bab­kan: kelakuan beginilah yg selalu ~ orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya telah ~nya pengawas­ perusa-haan itu; terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh ke­rosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (ter­bentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (ter­utamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal ter­jadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; penjadian perihal (proses) menjadikan, pen­ciptaan, pewujudan; penjadi ark orang dll yg membuat (men­jadikan) sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Kalau mandi abang kini,
     Letakkan dastar atas batu;
Kalau jadi-jadi begini,
     Belikan kita sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(171)
Peribahasa

Jadi penghubung kaki tangan.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.

 

Lihat selanjutnya...(79)

512

A shut mouth catches no flies

Lebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkan

Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam

As my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. A shut mouth catches no flies.

Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(50)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
523Silence is goldenLebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkanDikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekamAs my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. Silence is golden .Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
512A shut mouth catches no fliesLebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkanDikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekamAs my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. A shut mouth catches no flies.Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
511A closed mouth catches no fliesLebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkanDikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekamAs my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. A closed mouth catches no flies.Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
420Nature passes nurtureSifat semula jadi atau sifat yang diwarisi tidak dapat diubah walaupun diasuh.Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga.We did everything we could so that our adopted daughter would grow into a graceful young lady, but nature passes nurture. She still prefers to dress like a boy and involves in extreme sports.Kami melakukan segala-galanya yang termampu supaya anak anagkat kami membesar menjadi gadis yang lemah lembut, tetapi umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga. Dia masih juga suka berpakaian seperti lelaki dan bergiat dalam sukan lasak.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
425Nothing is impossible to a willing heartTiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.Hati hendak semua jadiIn his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hati hendak semua jadi. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
368Many a mickle makes a muckleDuit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
366Many a little makes a mickleDuit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a little makes a mickle, doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years'' she answered.''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
365Little and often fills the purseDuit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Little and often fills the purse , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
369Penny and penny laid up will be manyDuit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Penny and penny laid up will be many, doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
364A pin a day is a groth a yearDuit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. '' A pin a day is a groth a year, doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12345

Kembali ke atas