Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.di] | جادي

Definisi : 1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, ber­lang­sung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya: akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~ gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~ hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu, ~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap (dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~; boleh ~ mungkin, barangkali; ~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki ta­ngan = ~ penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi per­to­longan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan pe­sanan sese­orang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pan­tai, pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, ada kalanya senang, ada kalanya susah; sejadinya asalnya (semula jadi): akal ma­nusia dgn keadaan ~ mengandungi se­bahagian drpd makrifat semula jadi; sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuat­nya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ penge­rusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. men­jelma sbg; menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tam­­bah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~; menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar; 2. menye­bab­kan: kelakuan beginilah yg selalu ~ orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya telah ~nya pengawas­ perusa-haan itu; terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh ke­rosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (ter­bentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (ter­utamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal ter­jadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; penjadian perihal (proses) menjadikan, pen­ciptaan, pewujudan; penjadi ark orang dll yg membuat (men­jadikan) sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Kalau mandi abang kini,
     Letakkan dastar atas batu;
Kalau jadi-jadi begini,
     Belikan kita sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(171)
Peribahasa

Jadi penghubung kaki tangan.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.

 

Lihat selanjutnya...(79)

512

A shut mouth catches no flies

Lebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkan

Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam

As my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. A shut mouth catches no flies.

Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(50)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau mandi abang kini, Letakkan dastar atas batu; Kalau jadi-jadi begini, Belikan kita sehelai baju.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau padi katakan padi, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau jadi katakan jadi, Jangan saya ternanti-nanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terap jatuh menimpa dahan, Buah kedondong kelapa mawar; harap kami kepada tuan, Jadi pelindung jadi penawar.Pantun Melayu SARAWAKSetia Bangsa
Sejak pepuyu jadi kerani, Limbat pun banyak jadi pesuruh; Sejak penghulu jadi berjudi, Umat pun banyak mati bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gugur jadi tanah, Tumbuh jadi tebu; Duduk dalam rumah, Tolong ayah ibu.Pantun Melayu SARAWAKJati Diri
Sejak pepuyu jadi almarhum, Udang pun banyak pergi menengok; Sejak penghulu jadi peminum, Orang pun banyak jadi pemabuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau memikat burung bayan, Jangan pula dijual beli; Biar jadi telinga tempayan, Jangan jadi telinga kuali.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Banyak kelawar terbang petang, Singgah makan bunga durian; Banyak bersabar jadi perangsang, Besarkan anak jadi pahlawan.Pantun Melayu SARAWAKNasib
Jadi ikan bertutu, Ikan air tawar, Anak jadi kutu, Sibuk cari penawar.Pantun Melayu SARAWAKNasihat
Anak raja turun menjala, Dapat seekor ikan haruan; Gunung yang mana jadi paya, Laut mana jadi daratan?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12345678910...

Kembali ke atas