Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.rang] | جارڠ

Definisi : 1 tidak kerap atau tidak rapat; bersela; renggang: gigi ~; kain ~. 2 tidak lebat atau tidak padat: Rambutnya ~. 3 = jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. menjarangkan membuat supaya jarang atau renggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : Mn; menjarang memasak air; ® jerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : ; ikan gigi ~ sj ikan laut, Otolithus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kaus I1. sl kasut, sepatu: ini surat dr bawah ~ Raja Langit datang kpd Raja Melaka; 2. = ~ kaki stoking; ~ tangan sarung tangan; 3. kain tipis (yg jarang-jarang tenunannya); baju ~ baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya; ~ lampu sj kain kasa yg dipasang di atas nyala lampu gasolin; ~ pendek baju kaus yg pendek lengannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
jaras IIsj bakul yg dianyam jarang-jarang (utk membawa buah-buahan dll); ~ dikatakan raga jarang prb orang yg mencela orang lain padahal diri sendiri ada celanya juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
jarang-jarangtidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jarang-jarang; daun ~ sj tumbuhan (herba), bayam rusa, menjarang, Cyathula prostrata.Kamus Dewan Edisi Keempat
jarang-jarang dipakaitidak lazim dipakai;Kamus Dewan Edisi Keempat
jarang-jarang dapattidak selalu dapat;Kamus Dewan Edisi Keempat
jarang-jarang berlakutidak sering berlaku;Kamus Dewan Edisi Keempat
jarang-jarangtidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim;Kamus Dewan Edisi Keempat
daun jarang-jarangsj tumbuhan (herba), bayam rusa, menjarang, Cyathula prostrata.Kamus Dewan Edisi Keempat
dia jarang-jarang datangdia tidak sering datang;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas