Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.rang] | جارڠ

Definisi : 1 tidak kerap atau tidak rapat; bersela; renggang: gigi ~; kain ~. 2 tidak lebat atau tidak padat: Rambutnya ~. 3 = jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. menjarangkan membuat supaya jarang atau renggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : Mn; menjarang memasak air; ® jerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang] | جارڠ

Definisi : ; ikan gigi ~ sj ikan laut, Otolithus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Jaranglah jarang makan tebu, Anak sembilang menggigit jari; Jaranglah jarang kita bertemu, Dalam sebulan dua kali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal besar dari Ayupa, Hendak menuju kapal Bintulu; Adik-adik jarang berjumpa, Belum ditegur terkidum dulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Padang lalu berempat, Rama-rama tepi kainnya; Hilang yang itu jarang dapat, Cara lain manakan sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisang kelat masak merkah, Bawa budak dalam raga; Bulan gelap tanah lecah, Kasihku baik jarang berjumpa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pantai teluk terlalu indah, Tempat lalu perahu payang; Berjanji mulut memang mudah, Menepati janji sangatlah jarang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Layang-layang mandi buih, Yu mati masuk pukat; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang dapat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Layang-layang menyambar buih, Buih di laut dipakai jua; Kasih sayang dicari boleh, Cinta hati jarang nak jumpa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Layang-layang menyembur buih, Mari disembur di pohon tamu; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Petik selasih tumbuh di tubir, Masak nasi padi seberang; Banyak kasih di tepi bibir, Kasih sejati memang jarang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas